Syurga buatku part3...

Aduh…apa yang terjadi sebenarnya ni??? Kenapa tiba-tiba aku berasa sakit di bahagian kiri dadaku???seperti ada suatu beban pada jantungku…mengapa akhir-akhir ini aku selalu saja berasa seperti ada yang serba tak kena pada diriku???kenapa???kenapa aku rasa sakit sangat…rasa sakit yang seperti tidak tertanggung olehku..erika terduduk di tepi katil…rasa sakit yang dirasakannya adalah luar biasa…dia cuba untuk bernafas…tetapi bukan mudah…nafasnya tersekat-sekat seperti ada sesuatu yang menghalang…apa dah jadi pada diriku???aduh…perit…rasanya terlalu perit bagiku…air mataku mula bergenang…ibu…ibu di mana??? Ayah…ayah di mana??? Tia perlukan kamu sekarang…Tia rasa sakit sangat…air mataku mula membasahi pipi…kenapa pada waktu ini ibu dan ayah berada di luar negara??? Kenapa aku merasakan sakit yang teramat perit ini pada waktu mereka tiada???tolong….tolong aku…sesiapa sahaja…sesiapa tolong!!! Ya Allah…apa yang kau berikan padaku ini??? Mengapa rasanya terlalu pedih dan perit??? Adakah aku dapat bertahan??? Adakah rasa sakit ini akan menimpa diriku lagi??? Apakah ini adalah stu petanda kepada sesuatu perkara???sakit apakah ini??? Sehingga aku rasa tidak boleh bernafas…sehingga aku rasa seperti hendak mati..apa yang erika boleh lakukan??? Dia hanya menekan dadanya yang semakin sakit itu…menahan kesakitan sendirian…keseorangan…tiada sesiapa di sisinya utuk membantunya…untuk menemaninya…untuk memulihkannya…tidak ibunya…tidak ayahnya…aina…dan mahupun juga si halus yang selalu sahaja merindukan dia…dia sudah tidak dapat bertahan…dia terketar-ketar mahu mencapai gelas yang berisi air di atas meja belajarnya…belum sempat dia mengengam gelas tersebut…ia telah pun jatuh berderai…dan bertaburanlah kaca di merata-rata tempat di lantai bilik erika…akhirnya…akhirnya dia jatuh daripada katilnya dan seterusnya tidak sedarkan diri…

@ @ @ @ @

Tia Erika binti Syahril…Sri Inai International school…akhirnya aku dah tahu…yezz!!! Aku dah dapat…hehehe…aku dah tahu dah…sengih zafrul sambil dia berbisik di dalam hati…alamak! Macam mana ni??? Dia sudah pun tahu di mana erika bersekolah..agak-agaknyalah…apa yang dia mahu lakukan??? Apa rancangan yang telah dia rencanakan??? Apa strategi yang telah dia susun untuk memikat hati erika??? Adakah erika dalam bahaya???mmmm…mungkin tidak…mahu tahu apa rancangan sebenarnya??? Mari kita lihat…

“Eri,pengetua panggil kau ke pejabat…sekarang…”kata mira rakan sekelas eri yang turut menyandang jawatan sebagai pengawas di sekolah…


“hah???pengetua?? apa hal pulak??? Aku ada buat apa-apa ke??? Mira,kau biar betul…aku ke yang dipanggil??? Bukan budak lain???”tanya erika inginkan kepastian…
“eri,kat sekolah ni…nama eri ada seorang je..kaulah…siapa lagi?? Dah cepatlah..pengetua kata penting…pergi jelah…”kata mira lagi…

Eri berasa sedikit gugup…apalah yang dia sudah buat agaknya yea?? Adakah dia telah melakukan masalah disiplin tanpa disedarinya???apa sebenarnya??? Sehingga dia telah dipanggil oleh pengetua sekolah…selalunya kalau sampai ke pengetua mesti masalah berat…kes berat ni…tapi…jika ada apa-apa masalah disiplin mestilah dibawa ke hadapan cikgu Asilah dulu yang sebagai guru disiplin di sekolah ni…rasanya apa yang boleh dia lakukan untuk menyelamatkkan dirinya??? Adakah dia boleh terlepas dengan membaca Al-fatihah?atau membaca selawat??? Tapi,selawat jenis apa yea??? Anda tahu???apa yang peru dia baca supaya hati pengetua dia lembut??? Ada cadangan??? Agak-agak kalau jampi-jampi sikit menjadi tak??? Ya Allah!!!! Selamatkanlah Erika daripada segala macam bencana dan bahaya…seperti ada sesuatu…ya! Seperti ada malapetaka yang mahu menimpa dirinya…bulu romanya sudahpun meremang memikirkan apa yang bakal berlaku…dia sudah berasa tidak sedap hati sahaja kerana seperti akan menghadapi sesuatu…

“Assalamualaikum…ya pengetua…ada apa yea mahu jumpa saya??”tanya erika pada pengetua sekolahnya yang bernama Encik Rizal Adnan…
“oh,itu pun awak datang erika…ni ha…pak cik awak yang baru balik dari London mahu berjumpa dengan awak…katanya dah 4 tahun tak jumpa…rindu sangat kat awak erika…”
“pak cik saya cikgu??? Dia kat mana yea???”tanya erika yang berasa pelik kerana setahunya dia tidak ada seorang pak cik yang tinggal di london…
“Encik Zafrul! Tu dia di sana…”tunjuk pengetuaku sambil memanggil lelaki yang kononnya pak cik erika itu…
“surprise!!! Amacam terkejut tak??? Uncle dah datang!!!” ucap zafrul sambil tersengih-sengih…

Hah??? Apa??? Halus??? Zafrul??? Pak cik??? Apa dah jadi ni??? TIDAK!!!! Apa kejadah mamat ni datang cari aku kat sekolah pulak??? Aduh!kepala aku dah pitam..oksien tak sampai otak…terkejut…shock! Tolong! Ada sesiapa yang boleh tolong menjelaskan keadaan disini??? Aku mimpi atau berkhayal??? Atau ini semua adalah kenyataan??? Patutlah rasa macam sejuk semacam je dari tadi…betullah…tak salah lagi…memang ada bencana nak menimpa..memang ada malapetaka nak datang…boleh lagi dia tersengih macam kerang busuk kat aku??? Dia ingat aku ni apa??? Wait…apa dia cakap tadi???pak cik??? London??? Banyaklah dia punya pak cik..boleh jalanlah dengan dia punya london…

“aik??? Takkan tak suka tengok pak cik sendiri balik??? Dah bertahun tak jumpa kan??? Ke terkejut sangat sampai tak boleh nak berkata-kata???”sengih zarul lagi…
“erika…awak ok tak??? Muka pucat semacam je…macam tengok hantu je budak ni…kan pak cik awak tu erika…pergilah berbual dengan dia…dah lama tak jumpa kan??? “kata pengetua Rizal…

“hah??? Tapi…tapi…dia..tak!!..bukan..dia bukan…”erika cuba untuk berkata-kata
“dah,jangan bising…mari ikut aku…”kata zafrul sambil menarik tangan erika keluar daripada pejabat…
“hah??? Tapi…tapi…”erika cuba untuk menjelaskan…

Zafrul menarik tangan erika sehingga mereka sampai di hadapan pintu bilik muzik…di sana…

“lepaskanlah!…”pinta erika…
“ok..ok…relakslah…”balas zafrul bersahaja…
“relaks?? Gila apa?? Dasar tak betul…dahlah mengaku pak cik…baru balik london..konon dah 4 tahun tak jumpa! Jumpa dengan pengetua aku pulak tu…macam tu kau suruh aku relaks???”bebel erika…
“dengarlah dulu…kalau aku cakap dekat pengetua kau yang aku ni si halus ada ke kau nak jumpa aku?? Tak nak kan?? So,aku terpaksalah berbuat sesuatu supaya aku dapat jumpa kau…kau pun nak jumpa dengan aku…betul tak???”cepat zafrul menjawab
“kenapa kau nak jumpa kau??? Tak cukup lagi ke kau mengacau hidup aku yang tenang ni???”erika bertanya…
“aku rasa kan… aku rindu kat kau…eh,bukan rasa…aku memang rindu kat kau…”zafrul jujur
“huh! Gila…”
“betullah..aku tak tipu..percayalah…”zafrul jujur lagi…
“hahaha…kau ingat aku percaya??? Huh! setakat kau…HALUS!!!...”gelak erika…
“halus..halus..halus…apa dah tak ada nama lain ke kau nak bagi kat aku??? Panggillah handsome ke…sayang ke..darling ke…sedap sikit telinga aku dengar”usik zafrul…
“what??? Darling?? Sayang?? Huh! Puh-leaze…”
“alah…kau mengaku jelah yang kau dah suka dekat aku…terpikat dekat aku…confess je…aku dah bagi peluang ni…tak payah malu-malu dengan aku…kita kan satu keluarga…betul tak???”jawab zafrul lancar…
“weh! Otak kau ada masalah ke??? Aku dah tahu dah.. ni semua mesti disebabkan ilmu-ilmu kotex kau yang terlampau mampat dan padat dalam kepala otak kau tu yang menyebabkan kau ada sedikit sinting…itulah…kalau dah tak pernah alami semua benda-benda tu..tak payah cakap…”balas erika
“eh.eri…aku bukan nak kata apalah…tapi kan…apasal baju kau kat belakang ada tompok-tompok warna merah ha???besar pulak tu…kau..kau tembossss!!!!”beritahu zafrul
“hah?? Mana?? Tembos ke??? Takkanlah…aku baru habis period semalam…aku dahlah tak bawa pad…opss!” kata erika yang baru tersedar sambil menutup mulutnya…
“haha…kantoi kau period habis semalam…senang je nak kenakan kau rupanya…”sakat zafrul sambil ketawa…
“dasar halus! Ceplos! tak guna! Gelak lagi…gelaklah…gelakkan aku lagi…sukalah tu gelakkan aku…huh! Menyakitkan hati!”komen erika…
“jangan marah sayang…”jawab zafrul selamber…
“eri,siapa ni???” tanya aina yang tiba-tiba datang dari belakang erika…



Aina! Fuh.selamat hidup aku…yezz!! Aina dah datang…kawan aku dah datang…kita tengok…boleh tak kau kenakan aku lagi???

“perkenalkan…inilah si halus yang selalu mengganggu hidup aku yang selama ini aman tenteram tanpa sebarang kekecohan…”kata eri…
“eh,cantik sikit bahasa…tolong sikit…nama aku betapa punya macho…kau cakap nama aku halus??? Let me intruduce myself…my name is zack zafrul…nice to meet you…”zafrul memperkenalkan dirinya kepada aina sambil tersenyum ke arahnya…

Aian terkesima…dia agak terkejut dengan senyuman manis yang dilemparkan oleh zafrul ke arahnya…tiba-tiba dia berasa seperti ada sesuatu yang sangat menyenangkan menjalar dalam dirinya…senyuman zafrul telah membuat aina bagaikan terpaku kerana senyuman zafrul yang sangat mesra itu telah menghangatkan hati aina…hati aina berbunga-bunga…dia yang dari tadi yang tidak bergerak akibat panahan mata zafrul juga memperkenalkan dirinya dirinya kepada zafrul setelah ditegur oleh erika…aina turut tersenyum pada zafrul…erika yang perasan akan kelainan sahabatnya itu berasa seperti ada seatu yang tidak kena dengannya…mereka bertiga berjalan mengelilingi kawasan sekolah sambil memperkenalkan pada zafrul tempat-tempat yang ada di sekolah mereka..aina yang sudah terpikat dengan kekacakan zafrul tidak lepas memendangnya walaupun sesaat…di sepanjang jalan,zafrul tidak jemu menyakat erika…dia berasa senang melihat reaksi erika yang berasa geram dengan dirinya…dia berharap agar erika sukakan dirinya sepertimana dia menyukai erika…

Zafrul menuju ke keretanya…dia membuka pintu penumpang belakang dan mengeluarkan anak patung beruang yang bersaiz besar…bulu patung beruang tersebut sangat gebu dan halus apatah lagi apabila ia berwarna putih…

“Nah! Aku belikan untuk kau…ambiklah…”kata zafrul sambil menghulurkan teddy bear tersebut kepada erika…
“hah? Biar betul? Bagi aku?...”erika bingung
“yelah…dah lama aku nak bagi kau…Cuma tak jumpa je…kalau kau ingatkan aku..kau peluk je teddy bear tu tau…nanti aku akan rasa seperti kau yang peluk aku..ok,bye! Jumpa lagi honey!” ucap zafrul yang terus menghidupkan enjin kereta mercedes-benz 750i nya dan terus berlalu pergi…
“apasal pulak tiba-tiba dia bagi aku teddy bear ni??? Agak meragukanlah…apa dia cakap tadi?? Honey?? Suka-suka dia je…”erika semakin pelik

Aina yang hanya melihat daripada tadi hanya mendiamkan diri…dia berasa agak kecewa kerana melihat kemesraan yang terjalin di antara erika dan zafrul..malahan,zafrul memanggil erika dengan berbagai panggilan manja seperti sayang,honey dan memberika erika teddy bear yang bersaiz besar…dia juga mahu seperti itu…zafrul seperti tidak sedar akan kehadiran dirinya…dia hanya sedar akan kehadiran erika sahaja…adakah ada apa-apa dia antara mereka??? Aina terus tertanya-tanya..dia mengaku di dalam


hatinya…ya..dia mengaku bahawa dia telah sukakan zafrul sejak kali pertama dia memandang raut wajah zafrul yang sangat memikat hati itu…kerana kemanisan senyumannya…hati aina bagai dicairkan serta-merta dengan senyuman zafrul yang bertakat 200 darjah celcius itu…caranya…wajahnya yang kacak juga menjadi salah satu sebab mengapa dengan mudah sahaja aina boleh terpikat padanya…tetapi persoalnnya…siapakah yang akan zafrul suka??? Adakah zafrul akan suka pada aina…atau pada erika???

@ @ @ @ @

Erika sampai di kl specialist hospital…kepalanya terasa berat dan pening…dia demam dan terpaksa pergi ke hospital sendiri kerana ibu dan ayahnya masih belum pulang daripada New York…mereka dijangka akan pulang pada hujung minggu ini…pembantu rumahnya yang ditugaskan untuk memasak pula tidak bekerja hari ini…dia telah tiba di hospital tersebut sejak pukul 11 pagi dengan menaiki teksi…dia telah mendaftar sebagai pesakit luar dan sedang menunggu giliran…bila difikirkan kembali,kenapa dia tidak pergi ke klinik sahaja??? Padahal klinik lebih dekat daripada rumahnya berbanding dengan hospital…pesan ibunya..semuanya gara-gara pesan ibunya yang terlalu mengambil berat tentang dirinya…kata ibunya jika dia pergi ke hospital akan ada orang yang menjaganya jika sakitnya teruk…kata ibunya jika dia pergi ke hospital,doktor akan terus memasukkannya ke dalam wad kecemasan jika ada apa-apa yang terjadi…kata ibunya lagi,pemeriksaan doktor di hospital lebih teliti berbanding di klinik kerana segala kemudahan yang cukup dan sedia ada…oleh disebabkan ibunya dia hanya menurut sahaja…apatah lagi dia sangat sayangkan ibunya…lagipun ibunya berada jauh dari dirinya sekarang…padanya,tidak salah jika menurut nasihat seorang ibu….

Erika kini sedang cuba untuk pergi ke tandas..rasa mualnya tidak boleh ditahan lagi apatah lagi ditambah dengan rasa sakit yang sejak daripada malam tadi mencucuk-cucuk kepalanya…bagaimana jika dia dengan tidak sengaja mengeluarkan segala isi perutnya yang sejak malam tadi tidak terisi itu di ruang menunggu hospital tersebut??? Mahu tak benggang bercampur malu dia menahan muka selepas muntah di situ-situ..dia cuba untuk mempercepatkan langkahnya ke tandas…tetapi,langkahnya terasa semakin lemah…dia cuba bertahan..dia bukanlah seorang yang mudah mengaku kalah…menjadi seorang anak tunggal tidak semestinya dia adalah seorang yang hanya tahu bergantung pada orang lain…makin dikuatkan badanyya,makin terasa lemah ayunan kakinya…dia cuba menarik nafas panjang..langkahnya diteruskan,tetapi belum sampai dua langkah dia merasakan dirinya rebah…tetapi bukan rebah ke lantai mencecah bumi,rebah didalam pangkuan seseorang yang dia sendiri tidak tahu…dia terasa seperti ada seseorang yang menyambut lembut badannya..dia mencuba untuk membuka mata,tetapi terlalu payah buat dirinya…malangnya,pandangannya terus gelap-gelita sebelum dia dapat tahu siapa yang merangkulnya erat…

“eri,awak dah sedar ke?’ satu suara berbisik kepadanya…sungguh lembut suara itu..sejak tadi dia terdengar sayup-sayup suara itu memanggil namanya agar dia tersedar daripada lenanya itu..suara itu seperti selalu didengarnya..tetapi dia tidak dapat untuk meneka


siapakah tuan kepada empunya suara itu..matanya dibuka perlahan-lahan memandangkan dia sudah mempunyai sedikit tenaga untuk menggerakkan badannya..matanya berasa silau dengan panahan lampu daripada siling tempat dia berbaring itu..dirasakan tempat itu sungguh asing baginya..matanya cuba diluaskan..dia perasan yang dia berada di sebuah bilik yang berwarna putih…dia cuba mencari dari mana datangnya suara misteri yang memanggilnya tadi..lalu dipusingkan kepalanya ke kanan..GULP!!! halus??? Alamak!! Apa pulak yang dia buat kat sini??? Berderau darahnya apabila jarak diantara muka mereka hanyalah 1 inci sahaja..agaknya jika dia terus menoleh tanpa ragu-ragu tadi tidak semena-mena jejaka yang memandangnya itu dapat merasa ciuman percuma daripadanya memandangkan jejaka tersebut meletakkan wajahnya begitu dekat sekali..muka erika terus bertukar warna daripada putih melepak kepada merah jambu…dia yang masih terpaku dengan tenungan zafrul yang masih tak berganjak cuba memalingkan mukanya untuk menjauhkan dirinya daripada zafrul sekaligus daripada ditenung dengan tenungan yang erika sendiri tidak mengerti maksudnya…

“saya kat mana ni??” tanya erika lambat-lambat cuba menyembunyikan perasaan yang sejak dari tadi yang bercampur-baur
“bilik saya…”tenang zafrul menjawab..
“what?? Bilik awak??” mendengarkan kepada penerangan zafrul itu erika terus membuka langkahnya untuk melarikan diri daripada lelaki yang bernama zafrul tersebut…
Seperti sudah mengerti zafrul menggengam erat tangan erika sebelum sempat dia turun daripada katil tersebut…”jangan risau…ini bilik pejabat saya..janganlah pergi…saya rindukan awak…ambillah air ni…minum yea…lepas ni kita sama-sama pergi tengok laporan pemeriksaan kesihatan awak..saya dah minta mereka membuat pemeriksaan terperinci”

Erika sedikit terpempan dengan perlakuan zafrul yang mendadak itu… mamat ni kenapa??? Tetiba je tarik tangan aku…sah ada yang tak betul…erika hanya merenung gelas yang berisi air masak tu…
“saya tak letak racunlah…minum jelah…”zafrul bersuara…
Erika yang tadi menunduk mengangkat mukanya memandang zafrul yang berada di depannya…perlahan-lahan dia meneguk air masak yang berada di dalam gelas tersebut…

Fuh…lega sikit rasanya tekak aku ni…eh,kejap…tadi dia kata pejabat…kerja apa dia ni??? Atendan hospital??? Takkan pulak…pakai kot putih panjang ni…mana ada atenden unifomr yang macam tu…doktor ke??? Ah pulak…lagilah mustahil…

“pejabat??? kerja apa??? Doktor ke???”tanya erika dengan nada sedikit berbisik
“yupp! Tepat sekali..im a doctor..”zafrul dengan bangga mengaku pekerjannya itu…
Mahu jatuh rahang mulut erika apabila mendengar jawapan zafrul itu..tidak cukup dengan itu dia mempamerkan tanda namanya yang kemas terletak di kot putihnya itu bagi menunjukkan yang dia betul-betul adalah seorang doktor..bukan main-main…erika hanya mampu terdiam..doktor?? aku ni mimpi ke??? Aku ni masih tak sedar agaknya…dalam mimpi pun boleh melalut lagi…doktor?? Biar betul…sewel macam ni boleh jadi

doktor???what a day im having…tetapi,erika agak terkejut dengan layanan zafrul pada hari ini…terasa dia bukanlah zafrul yang erika kenalinya..si halus yang dia kenali akan selalu menyakat dan mengusik dirinya..tapi hari ini,dia tidak dengar sebarang percakan lelaki tersebut yang boleh menbuatkan mereka bergaduh seperti biasa…ke mamat ni yang ada masalah otak tu yang dia terbaik dengan aku ni??? ada apa-apakah dia?? Atau hanya aku yang berperasaan begitu??..

“yeke awak doktor?? Ele,tipu….”erika terdiam…belum sempat dia menghabiskan kata-katanya jari zafrul sudah terletak di bibirnya untuk memberikan isyarat supaya dia tidak lagi berkata-kata

“shhh…kita jangan gaduh yea?? Saya tak sukalah…saya sayang awak…awak pun tak sihat kan???mari kita pergi tengok laporan pemeriksaan kesihatan awak…daripada kita
asyik bergaduh je…”zafrul tersenyum manis ke arah erika yang disayanginya itu…dia tidak mahu melukakan hati orang yang dia sayangi…tapi dia tidak nafikan dia geli hati melihat gelagat erika yang tak tentu arah apabila disakat…mukanya akan berubah warna begitu juga dengan pandangan matanya yang selalu menjeling tajam jika diusik…dia suka melihat erika dalam keadaan begitu…dia berasa dirinya wujud pada mata erika walaupun dia tidak tahu perasaan gadis itu padanya…tanpa membuang masa zafrul memimpin gadis tersebut turun daripada katilnya…

aku ni mimpi ke??? Kenapa dengan dia ni??? Baik sangat dengan aku…sayang??? Maksud dia??? Sah memang dia tak betul…Aku tak berapa fahamlah…siapa dia ni sebenarnya… aku asyik berjumpa dengan dia secara tak sengaja je akhir-akhir ni…adakah dia hanya mahu bergurau dengan aku sahaja??? Tak mungkin jika dia sayangkan aku..baru beberapa kali kami berjumpa tetapi dia dah kata dia sayangkan aku…what kind of man he is??? Playboy??? Maybe…who knows…mungkin dia hanyalah seorang pencinta wanita yang mahu mencari hiburan dalam hidupnya…aku tidak juga mengenalinya sangat…mengapa harus aku percaya pada dia?? Sentiasa berhati-hati…itulah pesan ibu padaku setiap kali jika dia hendak ke luar negara…tapi hari ini..dia lain daripada biasa…tiada usikan dan gurauan.yang ada hanyalah layanan baiknya terhadap aku..siapa aku pada dia??? Mungkin hanya seorang pesakit yang patut diberi perhatian dan dilayan memandangkan perkhidmatan mereka berbayar…

No comments:

Post a Comment

LinkWithin