“Tia…”puan bayu,ibu erika memanggil…
“coming bu…”balas erika sambil berlari daripada ruang tamu rumahnya ke dapur…melihatan kepada ibunya dia terus bertanya..
“yup…kenape bu??? Ada yang tia boleh tolong???”
Kita nak pergi jalan-jalan ni…kata encik syahril ayah erika yang sejak tadi meneguk kopi yang berada di dalam mugnya…
Jalan-jalan??? Argh!!! Best gila nak pergi jalan-jalan..kepala aku dah sarat ni dengan segala-apa-ntah-pape yang aku sumbat kat sekolah semalam…bolehlah aku bernafas sikit macam ni…“hah??? Really???”tanya erika kembali..
“pergi dress up cepat”..kata ayahnya sambil mengangukkan kepala…
“yeppie…yabedabedu….”erika bersorak sakan degan rancangan ayahnya itu…hilang kebosanan yang dia rasai…dia terus berlari ke atas menuju ke biliknya…pintu bilik diutup rapat…almari bajunya mula digali…apa yang patut dia pakai???? Ahah! Da new dress…dia mencari-cari dress yang baru dibelikan oleh ibunya sewaktu pergi ke new york…dan disarungnya jean calvin klien ke kakinya…rambutnya divolumekan sedikit…layer yang menutupi dahi dibawa ke atas dan disepit ke atas kepalanya…setelah membelek-belek diri di hadapan cermin sebentar…dengan sedikit tepekan bedak dan lip bam juga tidak lupa pada sedikit sentuhan celak bagi membulatkan mata yang sedikit
sepet itu…dia tersenyum sendiri…what a cute me…katanya dalam hati…aku memang comel..hahaha…perasan lah kau ni eri!!!....eh??betul apa aku comel…dia mula memilih sepasang sandal purple untuk dipakainya…dan tanpa membuang masa dia terus turun ke bawah…
ibu dan ayahnya hanya menggeleng kepala melihat erika yang telah pun siap sedia menunggu di bawah seperti tidak sabar-sabar untuk membunuh kebosanannya itu…encik syahril sedikit pelik kerana anaknya yang hanya ada seorang itu cepat aje kalau disuruh bersiap…nak kata tertinggal pakai seluar ke..tak adalah pulak…sempat lagi pakai bedak,lip bam dengan celak tu…tapi cepatnya bukan main…ayahnya yang hanya menukar baju dan seluar pun kalah dengan dia yang hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk bersiap sedangan dia mengambil masa 20 minit…
“ayah…cepatlah…dah lama tia tunggu kat bawah ni…bila nak pergi???”tia mula merengek meminta ayahnya meneruskan rancangan mereka…
Mereka mula masuk ke dalam kereta…tiba-tiba erika terasa seusatu yang sedang bergolak di dadanya dan dia tersedar sendiri…ayah…ibu…minta maaf…minta ampun..tia sakit..tak tahu lagi tia dapat bertahan sampai bila…tia tak nak pergi…tapi jika tuhan sudah tetukan hidup tia begitu…tia reda…tia tak nak jauh daripada ayah dan ibu…tapi tia tak mampu…boleh tak kalau ibu dan ayah tak pergi lagi…temankan tia disini sehingga nafas tia yang terakhir…tapi tia tak dapat halang ayah dan ibu…tia tak dapat beritahu ayah dan ibu…tia…sayang ayah dan ibu…bisiknya sendiri didalam hati…hanya dia yang tahu betapa pilu rasanya apabila sudah tiada masa yang banyak lagi untuk kta berada di dunia yang indah ini…untuk bersama denga orang yang kita sayangi…
“tengok!!!wah..besarnya gajah tu…tia suka tengok gajah..tengok harimau..semua tia suka…”dia menjerit keriangan…pencinta haiwan…itulah tia…kalau tak masakan dia menjadi penolong pengerusi kelab pencinta alam di sekolahnya…masih belum cukup dengan segala jawatan dalam kelab math&science yang dipegangnya…
Hari ini ibubapa erika membawa dia ke zoo…mereka tahu yang erika akan suka dapat bertemu dnegan ‘kawan-kawannya’ itu…selepas meghabiskan masa di zoo…mereka meneruskan perjalanan ke salon kerana ayang erika yang sudah penat mendengar rayuan-demi rayuan daripada ibunya yang mahu bertandang ke spa yang sudah lebih sebulan tidak dijejakinya itu…tak cukup dengan itu,mereka terus meredah city square untuk misi shoppinh yang seterusnya…daripada jam 10 pagi mereka keluar tadi hinggalah ke jam 4 petang..masing-masing sudah memegang perut akibat lapar..jalan tak ingat dunia…terutamanya sekali erika yang memang hantu makan…langkah diteruskan ke KFC yang terletak di tingkat bawah…erika menggunakan peluang sebaik-baiknya untuk bersam dengan ibudan bapanya kerana dia takut sekali..dia takut sudah tiada hari esok untuk dia bernafas lagi..sudah tiada hari esok untuk menatap wajah ibu dan ayahnya...sudah tiada hari esok untuk bersama aina…sudah tiada hari esok untuk disakat oleh zafrul…dan sudah tiada hari esok untuk melihat dunia yang penuh dengan keindahan alam ini…senyuman kedua orang tuanya bagai penawar yang mampu membuat hatinya yang sudah banyak tercucuk dengan duri-duri kesakitan dan kepiluan daripada terus berdarah…hatinya menjadi tenang kembali setelah melihat senyuman
mereka…erika hanya melihat daripada jauh…sampai bila dia boleh lihat mereka tersenyum??? Adakah apabila dia sudah tiada mereka akan tetap tersenyum??? Adakah dia dapat melihat senyuman mereka dari ‘atas sana’???
Mungkin jika di sudah tiada sekalipun mereka akan tetap gembira dan dapat menjalankan hidup seperti biasa…lagipun selalu sahaja mereka ke new york tanpaku…sudah pasti mereka akan baik-baik sahaja…mereka akan tetap bersama…ibu…ayah…jangan salahkan tia…kerana tia tak mampu untuk hidup seperti orang biasa…
“tia,kenape termenung???’ tegur ayahnya yang dari tadi hanya melihat tia memandang ke depan tanpa berkata apa-apa walhal mereka sudahpun sampai di kfc…salah satu tempat menjamu selera kesukaan erika…
“eh???..ala ayah orang gimik je tadi…hehe”tia nak makan apa ni??? Ibu dah order..tinggal tia je..”kata ibunya pula yang baru selesai memberi pesanan
“mmm…let me see…dinner plate and wedges 2 sets…french fries yang large..pastu kasi air pepsi…ahah! Dessert sekali…yang penting semua kena large…”pantas sahaja erika menjawab pertanyaan ibunya dengan segala pesanan yang baru sahaja selesai dilontarkanya…
“aik??? Banyaknya…habis ke???”ayahnya sekadar mahu menyindir…
“opss! Kebulur…”pendek sahaja jawapan yang meluncur keluar daripada mulut erika..
Tercenggang cashier yang bertugas mendngar segala pesana erika yang diluahkan bagai peluru m-16 itu…aku ni betul ke tak?? Budak ni raksasa apa??? Makannya…aduh…pening…banyak betul order..badan kecik je aku tengok…tapi perut dia…bila makan,huih! Mengucap aku…
Eriaka makan dengan penuh selera setelah segala apa yang dipesannya siap dihidang di depan matanya…dulang yang sudah tersedia ditarik dan dibawa ke meja yang berdekatan… tanpa memandang ke kiri dan ke kanan dia terus mengisi segala kekosongan di dalam perutnya habis pinggan pertama,beralih pula pada pinggan yang kedua…tak cukup dengan itu…wedges pula ditaramnya…ibu dan bapanya hanya melongo melihat anak mereka yang khusyuk mengalahkan menjawab soalan kimia peperiksaan akhir tahun..mereka hanya tersenyum dan tergelak sahaja…erika yang masih khusyuk dengan dunianya masih tidak mengangkatkan kepalanya dan membetulkan kembali setting telinganya yang sudah tidak mendengar langsung apa yang dibualkan dan diketawakan oleh kedua ibu bapanya…itulah erika…makan banyaknya macam raksasa…tapi,jangan terkejut sebab dia tetap slim aje…
@ @ @ @ @
Hehehe..hakhakhak…penyakit misteri lagi pelik zafrul sudah datang menyerang kembali…penawarnya??? Hanya dia seorang yang tahu..dia mula bercakap seorang diri…ketawa…senyum…hahahaha! Dia meledakkan ketawanya lagi….tapi,kemudian diam semula…serius mukanya…dia tersengih kembali…keadaan berlarutan sehingga 7 minit 45 saat…
“kau agak zaf tu betul tak???”kata seorang rakan sekerja zaf
“macam kene sampuk hantu je gaya budak ni…”balas suara kedua
“aku rasa dia memang dah kene rasuk”duga suara ketiga
“kenapa plak???”kini suara orang yang keempat
“yalah…zaf tu kan kaki tengok cerita hantu…keliwon pun disapunya…hantu dah masuklah tu…”orang yang kelima pula…agaknya..
“tak pun dia angau kowt…’balas yang seorang lagi…
“ooooo…”satu suara menjawab…
“angau??? Takkan sampai macam tu sekali???”
“jom kita tegur dia yok…’
“nanti…bawak surak yaasin…yang korang ni yang bukan islam baik pergi pakai korang punya tangkal…yelah…kalau ada apa-apa nanti,hantu masuk badan kita macam mana???”cadang satu suara
“okey…”serentak mereka semua menjawab
Mereka semua berlari ke sana sini bagai tak cukup tanah…mengalahan mengejar kes emergency gayanya…lintang pukang hospital dibuatnya dengan larian mereka yang kencang tersebut…yang islam terus sahaja mencapai yaasin yang siap terletak di atas meja..sebaliknya yang beragama lain terus menyiapkan diri mereka dengan segala jenis tangkal yang pernah wujud kat dunia ni…
“ho,u pun takut ka sama zaf??? Kawan baik u tu…”
“aiya…kawan,kawan jugak…kalau talak pakai nanti antu ada masuk ma…kalau pakai nanti leher dengan tangan pun habis tecekik ma…manyak pening wooo…selamat punya pasal…layan ma…”ho membalas dengan loghat cinanya yang dibuat-buat
Oleh itu…dengan rasminya jampi menghalau ‘benda’ daripada badan zafrul dimulakan…
“bismillahhirrohmanirrohim…yaasin…”mereka mula membaca yaasin di sekeliling zafrul…bagi ho pula…hei malang kalapu malang kapundeng malang sekepper…ikan palang panggang…semanis kuluma sepahit pil…big foot besar…mawas lagi besar…nobita kawan doraemon…giant pusat terjojol…entah apalah jampi yang ho guna pakai ni…langsung tak ada dalam skrip…
Bagi yang india pula… chit… poooooooooooooooooooooooooooddddddah!!!... yennela ghost(what ghost)…ohm…ohm….yang lain pula menyambut jampi serapah tok dukun sementara mereka itu…
Zafrul yang melihat keadaan tu semua terus tersentak daripada mimpi indahnya..dia berkerut dahi…diorang ni betul ke tak??? Apasal tiba-tiba merepek tak tentu pasal ni??? Sah! Budak-budak ni dah kene dengan ceplos…sebab tu perangai ala-ala budak-budak tak betul tepi jalan…
“woi!”teriak zafrul…sambil keningnya terangkat…biol apa bebudak ni???
“hantu dah cakap ar..jampi…terus…redah…”kata dr amran…juga salah seorang daripada rakan zafrul yang terlibat dalam aktiviti jampi-menjampi ini
“hantu?? Apa ni?? Korang ingat aku ni dah kene rasuk ke?? Tolonglah..aku masih normal lagi tau…”balas zafrul yang masih lagi terkebil-kebil dengan perlakuan rakan-rakan sekerjanya…
“benda tu memang takkan mengaku kalau kita tanya dia ok ke tak…dia akan cakap yang dia ok…benda tu memang pandai berlakon…”kata wak mustar pula…salah seorang cleaner di situ..
“ooooo…”yang lain menjawab…
“aku jampi ni…hei mambang tanah,mambang api,mambang air,mambang biru,mambang mabuk minum todi,mambang boncit…eh??? Betul ke jampi serapah aku ni???” tanya pula abang ahmad yang menjadi salah seorang atenden di hospital tersebut…
“ala…redah ajelah…”balas dr amran pula…
“wei!!! Apa yang korang buat ni ha?? Mabuk apa?? Tak ada kerja lain nak buat???”zafrul mula membebel
“eh??? Mambang ni ada serupa dengan zafrul la…suke membebel…ah!! Ini hanya satu kebetulan semata-mata…”ho pula menyibuk
“cobaan…hai cobaan…”balas mereka yang simpati dengan nasib zafrul yang berperangai sama dengan mambang yang entah tak tahu datang daripada mana…
“ho…u baca apa?? U cakap apa?? Jangan wat citer bodohlah kat sini…”zafrul mula meminta penjelasan zafrul
“gua cakap sama lu antu…tinggalkan itu kawan gua punya badan…kalau lu talak mahu keluar juga…nanti wa panggil itu sami botak titik 6 atas kepala…nati dia baca..lu antu talak tahan punya ma…baik lu sekarang juga keluar…”ho mula mengancam dengan menggunakan telor cinanya itu…
“pergilah!!! Jangan kacau aku!” Pekik zafrul yang kini sudah mula berasap dengan pelbagai tindakan daripada rakannya itu..
“pergilah pulang ke tempat asal kau!!!”pekik wak mustar pula…
Serentak dengan itu..semua yang berada di situ telah pun bersedia dengan air jampi ala-ala tok bomoh professional di dalam mulut masing-masing…tanpa membuang masa untuk mengeluarkan benda sekaligus menyembuhkan penyakit misteri zafrul…
“hak tuih!!!!” selamat air jampi buatan tangan tersebut mendarat di muka zafrul yang sudah menggelegak itu…
Zafrul telah pun disembur dengan air jampi yang bahan-bahannya terdiri daripada air limau nipis yang bercampur dengan air liur semerbak harumnya..manis bak gula rasanya…bak kata orang bagai disembur perfume percuma…muka zafrul dipenuhi dengan cecair penuh zat besi air liur campuran pelbagai kaum dengan saki-baki petai,ikan masin dan tempoyak yang mereka makan waktu lunch tadi…
Zafrul mula berang…mukanya sudah bertukar warna daripada putih cerah kepada warna merah yang sedang hangat menggelegak menahan marah…takat didihnya dijangka sudah pun melebihi 127 darjah celcius…dia mengangkat mukanya dengan marah yang membuak-buak…dengan memberi renunan tajam yang mempuyai aura mahu
melancarkan perang dunia kedua yang begitu membunuh itu ke arah semua orang,mereka yang lain terdiam…mungkin mereka baru tersedar daripada kebenaran bahawa tiada satu mambang pun yang menginap di dalam badan zafrul seperti yang disangkakan mereka…
“aku memang dah sabar je dari tadi…tapi ni dah tahap tak boleh handle sampai aku kene sembur…korang kan!”zafrul mula meninggikan suaranya bagai penyanyi opera yang sedang menyanyikan lagu bertahap soprano je gayanya…
“hahaha..tak boleh handle sungguh…”
Zafrul terdengar satu suara yang baru sahaja meledakkan tawanya…satu suara yang sangat dia kenali…ya..itulah suaranya…suara yang menbuat dia bagai nak gila…satu suara yang membuat dia selalu sahaja rindu…satu suara yang selalu membolekan dirinya tersenyum riang…satu suara yang mampu menyesakkan nafasnya…erika…itulah dia…tergelak-gelak hingga menjadi merah mukanya..tergelak kerana melihatkan proses penyemburan cecair zat besi air liur pelbagai kaum@perfume free…
“kesiannya dia…”erika berjalan ke arah zafrul..dia mengeluarkan sekeping sapu tangan berwarna biru daripada beg sekolahnya…dia terus mengelap muka zafrul yang sudah basah itu…
“kenapa sampai macam ni???dah tak ada kerja ke???”tanya erika…
“diorang ingat saya kene sampuk tadi…”balas zafrul dengan nada sarkastik
“hehehe…kalau orang tengok diri awak yang normal pun mesti orang lain ingat dah kene sampuk jugak…”
“kenapa cakap macam tu???”tanya zafrul pula
“sebab perangai awak ada sedikit tidak betul atau lebih ringkas dipanggil sinting…haha…jangan marah…”erika membalas dengan selambernya…
“sampainya hati…”balas zafrul pula…
Zafrul hanya tersenyum…senang hatinya dengan layanan erika itu…dia berasa sangat gembira apabila erika mengelap wajahnya dengan sapu tangannya sendiri yang mempunyai sedikit haruman lavender yang sangat menyegarkan dan menenangkan hati yang sudah sarat dengan pelbagai kerja dan ditambah pula dengan usikan kawan-kawannya…segala kemarahannya hilang serta-merta…kerana apabila dia melihat senyuman erika,itulah segala-galanya…hatinya berbunga-bunga melihat kehadiran erika di sisinya…dia tidak menyangka yang erika akan datang ke hospital pada hari ini…zafrul masih lagi tersenyum sendirian sambil merenung sahaja perlakuan erika yang masih mengesat baki-baki perfume free yang tinggal…
Kini rakan-rakan sekerja zafrul mengerti mengapa akhir-akhir ini zafrul sering saja tersenyum sendirian,tergelak dan tertawa sendirian…semuanya bersebab…dan sebabnya hanya satu…tia erika yang menjadi sebab kepada segalanya…mereka tidak menyangka yang kini zafrul sudah mempunyai buah hati yang selalu membuatkan dia menjadi tidak keruan…oh ya! Cinta pertamalah katakan…
“ok…sume dah siap..dah bersih dah muka awak…”senyum erika pada zafrul…
“terima kasih… sayang..”balas zafrul
“sa…sa…sayang???”erika mengerutkan keningnya tanda keliru
“mmm…sayang..”
“tolonglah…tak ada maknanya…”erika ketawa…
“tak ada makna??? Tak apelah…ada apa datang sini?? Seingat saya hari ni tak ada appoinment…”zafrul bertanya ingin tahu…
“tak adalah…tadi hantar budak semput…dari sekolahlah ni…tak nampak orang pakai baju sekolah ke???” erika menudingkan jarinya kepada dirinya sendiri untuk menunjukkan kepada zafrul yang dia sedang memakai baju sekolah seperti yang diperkatakannya itu tadi
“erika kalau pakai baju sekolah pun nampak macam pakai wedding dress”zafrul tersenyum memandang erika…
“hah?? Mata awak ada masalah ke?? Orang pakai baju sekolah..bukan wedding dress…dengar ke tak ni??? Baju…sekolah…”erika yang tidak faham dengan pujian zafrul cuba untuk menerangkannya…
Zafrul mendekatkan dirinya kepada erika…erika mula berasa ragu-ragu dan sedikit menjauhkan diri…zafrul mula membisikkan sesuatu kepada erika…
“pakai apa pown cantik…sebab awak tetap yang tercantik di mata saya”bisik zafrul
Erika yang terkejut dengan tindakan zafrul terus menggunakan ilmu taekwondo yang dipelajarinya semasa sekolah rendah…ilmu yang paling dia ingat dan yang paling dia mahir…secara spontan,tangan zafrul ditarik dan dilipat ke belakang…kaki erika pula mengunci kaki zafrul supaya dia tidak boleh bergerak…selepas itu,badan zafrul pula ditekan ke bawah bagi memastikan dia telah mengunci pergerakan zafrul dengan kemas…
“eri…sakit…ouch! Lepas…kenapa buat macam ni??”pinta zafrul
“eh?? Sebab saya rasa terancam dengan tindakan awak tadi…sorrylah…by the way saya tak dengar sangat apa yang awak cakap tadi…apa dia??”erika mula melepaskan pegangannya
“mm…tak ada apa-apalah…”zafrul hanya tersenyum
Erika bertambah pelik dengan perangai dan sikap zafrul…tadi dia kene sembur…pastu sekarang ni asyik tersengih je…kalau tak pun dia tersenyum-senyum..kenapa dengan dia ni?? Macam something je gayanya…lepas tu nak bisik-bisik pulak…dahlah tak dengar dia nak cakap apa…
Zafrul mula terperasan akan sesuatu…”kejap! Yang korang ni ramai-ramai dalam bilik aku ni kenapa???”…zafrul terus mengangkatkan keningnya yang mengalahkan ziana zain saje gayanya sambilmemandang kawan-kawannya yang sedang tersengih-sengih dari jauh itu.. dia terasa mahu meluku je kepala mereka seorang demi seorang…menghendap aku yea??? Patutlah macam semacam je aku rasa daripada tadi…Rupanya baru dia tersedar yang rakan-rakan sekerjanya telah memerhatikan mereka berdua daripada tadi kemesraan bersama erika telah kantoi dihadapan mereka semua dan jelas-jelas
menunjukkan yang zafrul sedang in love…segala apa yang berlaku tadi telah pun disaksikan oleh 12 pasang mata yang sangat berminat untuk mengetahui kisah lanjut diantara zafrul dan erika…alamak!!!..dah kantoi…mereka semua tersenyum dan tersengih-singeh ke arah zafrul seperti mahu meminta penjelasan yang lebih kukuh dan bernas daripada tuan punya badan yang sedang mengalami penyakit angau yang misteri itu…mereka semua ingin tahu adakah erika punca kepada penyakit angau yang super misteri itu?? Tanpa boleh berselindung zafrul menjawab soalan cepumas mereka dengan membuat beberapa mimik muka yang hanya difahami oleh golongan mereka-mereka sahaja…erika sendiri tidak tahu bahasa ajaib tersebut…dia tidak faham dan berasa pelik dengan perlakuan semua orang yang berada di situ…dia terfikir apakah yang sedang mereka semua lakukan???..kenapa dia langsung tidak memahami apa yang terjadi???...
“korang semua ni ok ke tak???..korang pakai bahasa alien ke???macam gaya mumia tamadun mesopotamia pun ada…muka berkerut-kerut…nanti kang belum tua muka dah berkedut…tangan pulak dah ke atas ke bawah..macam nak pergi berenang je bila tengok…perut kejap kecik,kejap besar balik…kena serang asma ke???”komen erika dengan muka peliknya itu…
Mereka hanya terdiam…zafrul yang mendengar komen erika itu tertawa lagi…mereka yang lain juga tersenyum melihat gaya erika yang langsung tidak faham dengan apa yang dilakukan mereka semua…kawan-kawan zafrul mengambil kesempatan untuk bertanya kepada erika apa pendapat dia tentang zafrul…dengan slambernya mereka semua menarik erika yang masih terpinga-pinga dengan perlakuan mereka sebentar tadi…
“mmm…kita orang nak tanya ni…sapa nama???”tanya seorang doktor perempuan yang labih senang dipanggil nur…
“tia erika…kenapa tanya???”
“tak adalah…nak tau tak? Akhir-akhir ni zafrul asyik tersengih sorang-sorang macam budak tak betul je..”kata dr azman
“dia kan memang macam tu??? Macam gila sikit…bukan ke???”erika menjawab dengan muka yang tidak bersalah…
Mendengarkan kepada jawapan erika itu,mereka yang lain tergelak sakan hingga pecah perut..zafrul hanya membulatkan matanya kepada kawan-kawannya yang asyik menggelakkan erika dan dirinya..aura perang dunia ketiga telah pun mula terhasil daipada panahan mata zaful…mereka tidak ambil peduli dengan renungan tajam itu malah meneruskan siasatan…
“anak ni buah hati zafrul ke???”tanya pak mustar pula…
“buah hati??? Maksudnya???”erika masih tidak faham dengan pertanyaan tersebut…
“dah…kuar-kuar…sibuk je kacau kita kan eri???”kata zafrul sambil menghalau yang lain keluar daripada biliknya…
“kacau ape??? Kita mana ada buat apa-apa…”erika masih lagi tidak faham…
“kacau kita bermesra-mesra…”zafrul tersengih nakal…
“nak makan penumbuk tak??? Tak sayang nyawa??”ugut erika sambil menunjukkan buku limanya yang comel itu
“alahai comelnya tangan dia…janganlah macam tu..sape marah-marah cepat tua…eh,esok ada appoinment kan??? Pastu free tak??”
“free je…kenapa???”tanya erika
“tak ada pape…saje tanya..”zafrul menggelengkan kepalanya
“oklah…pergi dulu..jumpa lagi..da!”teriak erika sambil mula berlari-lari anak mahu meninggalkan bilik tersebut
“eri…”panggil zafrul
“ya???”erika yang terdengar namanya dipanggil terus menoleh ke belakang…
“nanti telefon angkat ye…plez…”zafrul memohon…
“ok!”balas erika sambil menunjukkan simbol ok menggunakan tanganya…dan dia berlalu pergi…
@ @ @ @ @
“kesiannya dia…”..zafrul tersenyum…dia teringat kejadian di hospital tadi dimana erika mengelapkan mukanya.kalaulah tak ada sape-sape di situ tadi,sudah pasti dia akan mencubit-cubit pipi erika…nasib baik dia perasaan yan kawan-kawannya yang 12 orang tu dah lama bertenggek kat situ menonton drama diantara dia dan erika…kalau tak,kantoi!
Aku rindulah kat erika…apa nak buat ni??? Nak tunggu sampai esok lama sangat…agak-agak kalau aku telefon dia sekarang dia angkat tak??? Okey tak??? Pukul berapa ek??? Takut dia dah tidur je…zafrul terus memandang ke arah jam dinding di ruang tamu rumahnya yanh baru sahaja menunjukkan pukul 9.30 malam..ha! baru pukul 9.30 malam..bolehlah ni… aku tanyalah dia dah makan ubat ke belum?? Hmmm…boleh dijadikan alasan ni…zafrul terus mencapai telefon bimbitnya dan mendail eri sayang…
Telefon bimbit erika berdering…nada lagu sorry-sorry nyanyian super junior terus berlagu meminta tuannya mengangkat panggilan…
“hello…erika speaking…”akhirnya erika mengangkat panggilan telefon tersebut…entah siapa yang telefon dia tak tahu…nama tuan punya nombor tak ada dalam senarai…
“honey…what’s up???”balas suara di hujung talian sana…
“sape ek???”tanya erika pula…dah kenapa orang ni..apa biol tiba-tiba honey…
“guess who…”balas makhluk itu lagi
“please ar…sape ni??? Kalau tak,im off…”erika sudah malas mahu melayan mamat-yang-entah-apa-nama…
“eri…takkan lupe kat I kot….”
“jangan memain boleh tak??? Ni kenapa??? Siapa??? Dah tak ada kerja mengganggu hidup orang???”
“eri….”
“maaf..ini adalah perkhidmatan celcom anda…perkhidmatan mengganggu ketenteraman hidup tidak disediakan…sila cuba lagi di lain hari…terima kasih kerana menggunakan
perkhidmatan kami…”erika mula meniru suara operator telefon pula…dia terus memutuskan talian sebaik sahaja dia habis bercakap…malas nak melayan…
Zafrul yang belum sempat bercakap sudah terkejut ala-ala terkena kejutan eletrik 345volt akibat tindakan erika yang memutuskan talian secara tiba-tiba…ala,apa plak ni??? Aku belum cakap lagi…dia dah tutup telefon…ala…apa aku nak buat ni??? Eri,ni I lah…zaf…takkan u tak cam suara kowt??? Wargh! Nak menangis…zafrul mendail sekali lagi nombor telefon bimbit erika…
“what again???”jawab erika dengan nada agak tinggi…
“eri,ni zaf lah…kenapa marah-marah???”
“hah? Zafrul ke??? Aduh..kenapa tak cakap..ingatkan sape tadi..kan dah kene marah…lain kali,jangan buat macam tu…kan dah kene ceramah free…”erika membalas dengan suara simpati
“hehe…hai sayang…lain kali jangan buat macam tu lagi…terkejut I…garang sangat…”
“hehehe..sayang?? tolonglah…boleh blah…”balas erika
“boleh blah pulak…tadi dahlah kene marah..dah ar..aku letaklah…”zafrul mula mengeluarkan nada merajuk
“ha??? Eh! Jangan…ala..gurau je…”erika sudah mula panik mendengar suara zafrul yang sudah mula berubah mood tu…rasa bersalah pula
“sayang jugak U kat I yea???”zafrul menyahut
“tak adalah!”..tension erika
“awak buat apa tu???”tanya zafrul pula
“saya? Tengah bercakap dengan seorang doktor kotex…”balas erika selamber
“hahaha…mesti doc tu handsome kan?”
“huh! Handsome…paling!”cebik erika
“dah makan ubat ke belum???” Zafrul bertanya lagi dalam nada menahan ketawanya daripada pecah…
“dah makan dah tadi…kalau esok ambil ubat lagi boleh kan?? Stok dah nak habis…”tanya erika
“mestilah boleh..eri,mana teddy bear yang saya bagi awak hari tu???”
“oh,ada atas katil ni…”jawab erika
“atas katil??”ketawa zafrul meledak tanpa boleh ditahan lagi
“hei! Kenapa ketawa??? Tak ada apa-apa yang kelakar…”
“tak ada pape..”
“cakaplah…”pinta erika lagi
“ok ok…atas katil kan??? Maksudnya hari-hari erika tidur atas katil dengan sayalah kan??? Saya kan dah cakap teddy bear tu pengganti saya…patutlah asyik mimpi kene peluk je…hahaha!”zafrul tergelak lagi
“GATAL! Kurang garam punya lelaki…dasar toyol!...dasar lelaki miang!”erika geram…mukanya sudah mula merah
“tunggu I datang baring sebelah U yea sayang…kita tidur sama-sama malam ni…”zafrul mula mengusik lagi…
“tidak!!! Mangkuk ayun punya lelaki! Sate!...aik??? sate??? Wah sedapnya…”erika memekik
“sate yea???”zafrul mengulang lagi sengaja untuk mengenakan erika…dia tahu erika memang suka makan dan kuat makan
“sibuklah!”erika bengang…
“esok kita jumpa yea sayang…bye! Don’t miss me yea???”zafrul menyakat…sekali lagi…
“uweek! Tak hingin pown!...bye!”erika membalas
Fuh! Erika menarik nafas lega…Akhirnya dia letak jugak telefon…naye jawabnya kalau aku nak bergayut dengan mamat kotex tu…tak pasal-pasal pengsan aku…dia tu dahlah kerjanya asyik nak menyakat aku je…macam dah tak ada kerja lain agaknya…cubalah menyakat orang lain,ni tak…aku jugak yang nak dikacaunya…erika mengerling pada jam kecil yang terletak di atas mejanya…sudah pukul 10…lama jugak aku berbual dengan dia…tulah,sape suruh dia kacau aku tak pasal-pasal??? Kan dah kena ceramah free…agaknya dia kecik hati ke tak??? Ah! Kenapa dengan aku ni??? Fikir pasal dia pulak…aku bukannya ada apa-apa dengan dia…kenapa pulak aku nak fikir pasal dia??? Hish!...tapi,dia baik…Cuma suka mengacau je…erika tersenyum sendirian..ya allah..apa dah jadi pada aku ni??? Takkanlah aku dah jatuh hati kat dia pulak???...fuh…aku tak layak untuk dia…
Telefon bimbit erika berdering lagi…aik??? Sape pulak yang telefon ni??? Takkanlah zafrul??? Tadi dah lama jugak dia telefon aku…erika mencapai telefon bimbitnya…tertera nama aina di skrin telefon tersebut…fuh.ingatkan siapalah tadi…buat aku terkejut aje…
“hello???” sapa aina di telefon
“aina…aku ingatkan siapa tadi telefon aku…rupanya kau..tadi kau balikcepat kan??? Kenapa??aku cari au tapi kau dah balik???penat sangat ke???”
”oh..sorylah..tadi memang banyak kerj..aku tengok kau pun ak ada…so aku baliklah dulu…”balas aina pula
“hehe..tak apalah..aku tak kisah pown…”
“eri,can I ask you a favor???”aina bertanya…
“favor??? Apa??? Cakaplah…kalau aku boleh tolong aku tolong kau…”tanya erika
“hmmm…aku kan..aku nak…nak…”aina tersekat-sekat
“nak apa??? Aina???? Cakaplah…”
“aku..sebenarnya…nak…”aina masih tak meluahkannya
Alah…macam mana aku nak jawab ni?? Macam mana aku nak tanya ni??? Nanti kalau aku cakap eri gelakkan aku pulak…ah sudah!...kalau dia tak nak bagi macam mana???tak ke naya aku kantoi dengan dia??? Aduh…tapi,dia seorang jelah yang aku boleh mintak..macam mana???
“aina! cakaplah!”erika memekik..
“opocot aku nak nombor zafrul!”aina melatah
“oh…kantoi!”gelak eri
“alah…jangan ar gelah…kau ada tak???”
“ada…nanti aku hantar..hahaha…”
“eri…janganlah gelakkan kau lagi…diamlah..aku malu ni…”huhu…jahat punye kawan…ada ke aku ni di ketawakannya dia??? Kelakar sangat ke???
“hehehe…ok ok…”erika hanya tersengih…
Erika tergelak…tak sangka aina boleh suka dengan zafrul…sesuatu yang tidak disangka-sangka…bagus jugak kalau macam tu…kalau aina ada affair dengan zafrul tenang sikit kepala aku…tapi,mesti aku rasa sunyi nanti…ah..apa pulak aku ni??? Sunyi apa pulak??? Hei…makin lama aku tak tahulah apa yang dah jadi dengan aku ni…aku kan sepatutnya genbira aina suka dekat zafrul…erika terus menghantar nombor telefon bimbit zafrul kepada aina…harapannya agar kawannya yang seorang itu dapat mencapai apa yang dihajatinya…
@ @ @ @ @
No comments:
Post a Comment