“tak mungkin ho!!! Kau jangan nak mengarut pulak kat sini!” pekik zafrul pada rakan baiknya doktor ho…
“zafrul…pernah ke aku tipu kau??? Aku tak tipu…betul…if u don’t believe it…just check it by your own eyes…” kata ho sambil menyerahkan fail perubatan erika kepada tangan zafrul…
Zafrul mula meneliti fail tersebut…mukanya berkerut-kerut membaca laporan pemeriksaan yang telah disediakan oleh rakan baiknya sendiri…dia seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya…mengapa ini boleh terjadi?? Padahal dia sayangkan
erika…takkanlah begitu cepat tuhan mahu mengambil erika daripada dirinya tanpa dia sempat untuk membuktikan cintanya??? Dia hanya memandang erika yang wajahnya langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi…
“baiklah cik erika..dengar penjelasan saya…awak tiada harapan pulih semula jika dengan hanya mengambil ubat-ubatan yang kami berikan tetapi jika awak mahu sembuh sepenuhnya awak perlu menjalankan pembedahan pemindahan organ untuk menukarkan jantung awak kepada jantung yang baru…kami telah pun memasukkan nama awak ke dalam senarai menunggu…mungkin dalam masa terdekat ini kami akan dapat cari pendermanya…tetapi untuk itu,ibubapa awak perlulah dimaklumkan…
“jangan!!! Jangan sesekali doktor beritahu mereka..saya minta perkara ini supaya dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga saya…”
“baiklah jika begitu yang awak inginkan tetapi awak juga perlu tahu..kami menjangkakan awak hanya dapat bertahan dalam masa 6 bulan sahaja lagi…jantung awak berada dalam kondisi yang sangat lemah sekarang ini…pada bila-bila masa sahaja ia boleh berhenti berfungsi…awak mesti cuba elakkan diri daripada terlibat dalam aktiviti berat atau aktiviti sukan seperti larian…dalam kedaan seperti ini awak tidak boleh berlari kerana ianya akan menjejaskan jantung awak itu sendiri…sel-sel jantung awak mula mati satu-persatu…kami tidak dapat mengesan apakah sebabnya ia boleh jadi begitu..awak bukan menghidap kanser tetapi sel jantung awak yang mulai musnah secara perlahan-lahan”terang ho satu-persatu dengan jelas sekali…
“eri…maafkan saya…”ucap zafrul kepada erika dengan pandangan sayu..
“for what??? Tak ada apa-apalah…ubat saye mane?? Nak balik ni…”kata erika sambil mencapai plastik ubat-ubatannya…
Erika mula bangun dan dia berjalan keluar daripada bilik doktor ho…zafrul hanya mampu memandang ke arah erika yang berjalan keluar…kenapa dia begitu?? Kenapa dia langsung tidak kisah???..eri..erika yang aku cintai akan tinggalkan aku dalam masa 6 bulan sahaja lagi…tidak! Sebenarnya pada bila-bila masa sahaja dia boleh pergi meninggalkanku…apa yang patut aku buat?? hatinya merasa sayu melihat erika..
“ho…patut ke aku???”tanya zafrul pada sahabat baiknya itu…
Ho hanya mengangguk apabila zafrul mengajukan pertanyaan tersebut…dia sudah kenal benar dengan kawannya itu…sejak daripada sekolah rendah mereka sudah bersahabat…tiada apa-apa yang menjadi rahsia di antara mereka lagi…
Tanpa membuang masa zafrul terus memulakan langkahnya untuk mengejar erika…buah hatinya itu…dia memandang ke sekeliling…erika,awak kat mana??? Eri…saya mahu berjumpa dengan awak…eri..tolonglah muncul…dia mencari-cari kelibat erika..dimanakah gadis itu??? Ke kiri dan ke kanan puas dicari tetapi dia tetap tidak
nampak kelibat erika…dia mula berlari ke pintu masuk hospital tersebut…eri…dia berlari ke arah erika yang dilihatnya sedang berjalan seorangan..tangan erika ditarik…
“eri…”panggil zafrul lembut…
“ada apa???” erika bertanya
“awak tak apa-apa ke?? Saya risau…awak tak ada apa-apa yang nak awak cakapkan???”
“cakap apa??? Saya tak fahamlah…”balas erika
“takkanlah awak tak sedih langsung??? Eri…awak tak ada reaksi langsung…awak tak menangis atau terkejut…awak tak sedih ke???”tanya zafrul lagi…dia sangat risau melihat keadaan erika yang hanya bersahaja seperti tiada apa-apa yang berlaku…
“zafrul….cubalah awak fikir…siapa yang tak sedih jika dia tahu yang dia hanya ada masa selama 6 bulan sahaja lagi untuk hidup??? Semua orang akan sedih…saya juga…”
“tapi,awak langsung tak menangis…”zafrul bertanya lagi…jawapan erika tidak memuaskan hatinya langsung yang sedang gundah-gulana itu…
“untuk apa saya menangis??? Untuk tunjukkan yang saya ni lemah?? Untuk tunjukkan yang saya ni seperti sudah tiada harapan untuk hidup???mungkin saya tidak menangis tapi tak bermakna saya berputus-asa dan hanya menyerah sahaja…banyak perkara yang perlu saya fikirkan…ibubapa saya,tanggungjawab saya dan rakan-rakan saya…bolehkah saya bahagiakan mereka??? berdaya tak saya jalankannya??? mampukah saya mencipta kenangan manis bersama mereka??? Hanya 6 bulan…saya hanya diberi masa 6 bulan sahaja lagi…tak lama zafrul…”erika hanya menjawab tenang…
“oklah…kita usaha…saya akan usahakan apa sahaja untuk sembuhkan awak…okay??? Mari..saya hantarkan awak balik…”
“eh??? tak pelah..saya boleh balik sendiri…”erika menolak
“eri…plez…tolonglah…saya risaukan awak…awak demam…biarlah saya yang hantar…yea???”
“oklah…”
Mereka berdua menuju ke kereta zafrul yang terletak tidak jauh daripada tempat mereka berbual sebentar tadi…di dalam perjalanan masing-masing diam…mungkin mereka melayan perasaan mereka sendiri…zafrul yang sedar keadaan agak tegang cuba untuk membuka bual bicara…
“awak terkejut???”tanya zafrul
“hah?? Terkejut apa???” tanya erika…apa yang mamat ni tanya?? Terkejut apa pulak??? Cubalah cakap biar terang sikit..
“me…doctor…”
“oh..mestilah…kinda terkejut sangat…macam tak percaya pulak…yang paling penting saya dah tahu macam mana awak boleh dapat ilmu women business tu…”
“habis…kalau awak tak tahu yang im a doc..apa pandangan awak terhadap saya???”zafrul menduga
“macam-macam…saya ingat awak ni mak nyah…entah-entah awak ni homoseksual ke…ataupun awak ni seorang transeksual…manalah tahu awak tukar jantina daripada perempuan kepada lelaki..macam puaka nyah merapik…even saya dah tahu yang awak ni doc tapi saya rasa forever saya akan anggap yang awak ni kinda insane jugak ar…”
“ish! Sampai hati awak…sedih saya…dah ar..nak merajuk…”zafrul terus mendiamkan dirinya…sedikit pun dia tidak memandang ke arah erika…erika serba-salah..apa yang patut dia buat ni???
Ek?? Ah sudah…mamat ni dah kenapa??? Au baling dengan tabung baru dia tahu…sekali seumur hidup aku jumpa LELAKI MERAJUK…kemende ar mamat ni…aku ni dahlah bukannya jenis yang pandai pujuk…kelu semacam je kalau bab memujuk ni…
“ zaf…janganlah merajuk…saya tak reti pujuk…awak yang bukan-bukan..kot..kot..kottttex lah…apalah..manalah saya tak ingat yang awak ni mak nyah??? Dunia sekarang dah maju…nothing is impossible..now,our world is conquer by high-technology that people surround us using them anytime and anywhere even we realise it or not…disebabkan itu kita sebagai manusia tidak perlu terlalu bergantung kepada semua teknologi tersebut walaupun mereka memudahkan segala kerja kita tetapi mereka juga akan melahirkan sikap malas di dalam diri dan bagaimana negara mahu mencapai ke arah wawasan 2020 yang selama ini di impikan!!!!!!!!!!!”ucap erika spontan sambil menggangkat tangannya ke atas persis yang dilakukan oleh tunku abdul rahman semasa melaungkan perkataan merdeka pada tanggal 31 ogos 1957…
“aik??? Berbahas nampak???”zafrul menyakat erika…sekali lagi….
Erika mula tersedar yang darah pembahasnya telah terkeluar secara tidak sengaja..maklumlah…pembahas terbaik sekolahlah katakan…dia menutup mukanya yang sudah berubah rona warnanya menjadi merah jambu tersebut…dia berasa bengang dengan zafrul kerana telah terlepas cakap…
“muka dah merah…tutuplah macam mana pun…saya boleh nampak warna muka awak yang dah berubah tu…tapi…”
“tapi apa??? Cakaplah…”erika bertanya…dia tidak lagi menutup mukanya kerana perasaan ingin tahu yang membuak-buak
“adalah…malas nak cakap…”balas zafrul sambil ketawa sendiri…
“cakaplah…zafrul!...jangan buat suspen…”erika mula mahu melenting…
“sakat sikit je melenting…kelakar betullah…”zafrul ketawa lagi…
“tak nak cakap sudah…”erika mula melancarkan mogok terhadap zafrul…
“alahai…nak merajuk pulak dia…bukannya apa…muka awak memang dah merah tapi…saya suke…comel…”jawab zafrul bersahaja
Comel??? Muka erika semakin merah menahan malu..mamat ni memang tau…tak habis-habis nak mengacau aku je kerjanya…apa dah tak ada keja lain ke??? Kalau dak tak ada kerja sangat cubalah buat amal banyak-banyak…ini tidak,kerjanya asyik mengacau orang je…nak hidup pun tak tenang…bilalah muka aku ni nak tukar jadi putih balik??? Sikit-sikit nak jadi merah muka aku ni…cepatlah bertukar warna…malulah…
“muka dia merah lagi! Hahahahaha…comel sangatlah…kalau di ikutkan hati,nak aje saya cubit-cubit pipi awak tu…nasib baik tengah bawak kereta sekarang…kalau tak,memang habislah jawabnya pipi awak yang comel tu….”zafrul menyakat erika lagi
Ish!!! Aku tetak dengan parang jugak kepala mamat i…kalau agak-agak ada keluar berita seorang doc mati ditetak tu memang dialah mangsanya…mulut tak ada insuran betul…sesedap hati kau je nak cubit pipi anak dara orang…
“cubalah kalau berani…orang tendang…baru tau…”erika membalas kembali
“sudahlah tu sayang…jangan marah…ni rumahnya yang mana satu???”tanya zafrul
Sayang lagi??? Aduh….pitam kepala aku…memang nak nahas budak ni…nasib je senior aku…kalau tak memang dah lama dah aku sumbat mulut dia dengan cili..baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah…
“tu….yang nombor 8..”kata erika sambil menudingkan jarinya ke arah rumah yang bernombor 8 tersebut…
“oh…ok…inilah rumah bapak mertua aku rupanya…pandai anak dia jaga rumah..bersih je..”zafrul menyakat lagi
“zafrul!...”erika mula memasamkan muka…
Selepas erika meminta diri,dia keluar daripada kereta zafrul…zafrul hanya melambaikan tangannya ke arah erika yang masih berdiri di luar…dia senang sekali dengan erika…sayangnya kepada erika semakin bertambah-tambah…dia berharap agar lebih banyak memori indah bersama erika dapat dilakarkan lagi…dia juga berharap agar erika dapat menerima dirinya…cintanya…
Setitik…2 titik…3 titik…air matanya mula jatuh…erika menyeka air matanya yang jatuh berguguran tersebut…apa semua ni?? Tadi,aku tiada reaksi…tetapi selepas zafrul pergi mengapa air mataku terus sahaja tumpah??? Mengapa aku tidak menangis di depan dia??? Mengapa aku tidak dapat menunjukkan kesedihan dan kerisauan aku di hadapan dia??? Apa yang ada pada lelaki tersebut??? Apa yang dia miliki sehingga dia dapat
menghalang air mataku daripada menitis…aku memang tak dapat nak menangis di hadapan dia…aku memang tidak dapat untuk menunjukkan kerisauan aku di hadapan dia…tetapi,mengapa aku??? Mengapa aku yang harus menanggung semua ini??? Aku tak faham…tak…ya allah…adakah ini cubaan yang kau berikan padaku agar aku dapat merasakan apa itu cabaran hidup yang sebenar…agar aku dapat merasa erti kesusahan??? Agar aku dapat mengetahui erti kesakitan??? Agar aku dapat menyelami erti kesedihan??? Ya allah..adakah aku dapat bertahan…adakah aku dapat bertahan lebih lama atau sebaliknya??? Apa yang patut aku lakukan???selamatkanlah aku…berikanlah aku kekuatan…jangan biar aku pergi dulu…jangan biar aku menjadi lemah…jika benar kau mahu mengambil diriku,ambillah…tetapi berikan aku peluang untuk memberikan saat-saat keceriaan terakhir untuk orang yang berada di sekelilingku…biarkan aku melakar memori indah buat mereka dahulu supaya mereka tidak pernah melupakan aku…
ya allah…tolonglah aku…
@ @ @ @ @
Zafrul memandu laju keretanya memasuki perkarangan kl specialist…selepas dia memarkir keretanya,dia terus keluar melangkah laju ke pejabat rakannya doktor ho…ucapan selamat daripada kakitangan-kakitangan hospital tidak diendahkannya…dia terus melangkah laju ke pejabat ho…pintu dibuka…
“ho…help me…please.”ucap zafrul sebaik sahaja dia membuka pintu bilik sahabatnya itu…
“help??? What???”tanya ho yang kehairanan dengan permintan zafrul…
“aku mahu pegang kes erika…please…biarlah aku yang pegang kes itu…”terang zafrul kepada ho
“kenapa?? Whats wrong??? Im not good enough for this case???”tanya ho lagi…
“ho..its not like that…its kind of….arghhhh!!!! you know…”kata zafrul cuba menerangkan pada ho
“zaf…aku ni chinese…tak faham bahasa kiasan macam orang melayu…”ho bertanya lagi…padahal dia sudah tahu yang rakannya itu ada hati dengan erika
“ho!! Don’t kidding ok??? Im serious…”zafrul mula berasap…
“what kidding?? Kita kan kawan sejak kecil…kau dah janji tak akan ada rahsia antara kita kan??? Baru-baru ni aku rasa kau ada rahsia baru,tapi kau tak beritahu aku…so,manalah aku faham kau nak apa…”ulas ho yang pura-pura tidak tahu…
“ok..you are the winner..aku cerita…”akhirnya zafrul mengalah pada ho…
“that’s my friend…”
Dengan hati yang sebal lagi sedikit menyampah pada ho,dia pun menceritakan segala kisah diantara dia dan erika…daripada cerita mereka berlanggaran hinggalah ke part kotttttttex dan akhirnya zafrul jatuh cinta pada erika…
“hebat kawan aku!”ketawa ho meletus…
“wei!...kau senyap…aku luku kau kang…”zafrul memberi amaran…
“kawan aku yang sorang ni dah pandai nak bercinta!!! Dengan budak sekolah pulak tu!!! Kaulah romeo…”bagai mahu pecah perut dia mengetawakan zafrul…
“ooooo….ngutuk aku yea??? Daripada budak tu yang dari kecik sampai besar suka kat sailormoon…dia tak kisah pulak…”kata zafrul…
“ish! Sailormoon diam-diam sikit…malu kalau orang dengar..kau macam tak tahu aku ni peminat setia diorang…kalau aku nak cari makwe pun..aku nak amoi yang sebijik macam sailormoon…”balas ho sambil menunjukkan isyarat senyap pada zafrul
“eleh….aku ni kalau bercinta pun dengan orang…manusia jugak…bukannya dengan kartun yang ntah apa-apa yang tak wujud tu…kau ingat kau ni watak ho in the wonderland ke???...tak malu…anak sedara aku yang perempuan pun tak tengok sailormoon…”ejek zafrul
“habis diorang tengok apa???”tanya ho ingin tahu…padanya tak logik budak-budak tak suka kartun…dia yang dah besar gedabak…ooops! Salah…besar panjang pun suka tengok kartun apatah lagi budak-budak???
“oh! Diorang tengok barbie….”jawab zafrul selamba…
“aiya! Talak guna punya kawan….bukan sama ka???”kata ho sambil menepuk dahinya…
“eh…lain! Barbie dengan sailormoon tak sama…ejaan pun lain”
“dahlah….aku tak bagi kes ni kat kau kang…”ugut ho…
“jangan!!!! Ok….aku kalah…pleaselah ho…nak bley???”pinta zafrul sambil membuat mimik muka comel yang sebenarnya tak comel langsung…
“dah ar…nak muntah aku tengok muka kau..ambik fail ni…pergi main jauh-jauh…”kata ho sambil menyerahkan fail erika pada zafrul…
“sayang kau…nanti aku belanja minum…”
“aku tak nak kopi jantan!!!” jerit ho…
“macam tau-tau plak…oklah…aku bagi cappucino..da…”zafrul keluar dari pajabat ho sambil melambaikan tangannya
No comments:
Post a Comment