Syurga buatku part3...

“hmmmm…sedapnya!”teriakku riang..
“ibu dah masakkan lauk kegemaran Tia…ayam masak merah…suke tak???”

Tanpa perlu ditangguh dan tanpa segan silu aku terus membuka langkah menyerang hidangan yang lazat lagi marvelous di atas meja tersebut seperti pelarian di palestin…aku terus menerkam pinggan berisi nasi sebaik sahaja ibuku selesai menyendukkan nasi untukku…kebuluranlah katakan…aku terus mengambil 2 ketul ayam yang bersaiz besar..aku sempat tersengih kepada ibuku yang hanya tersenyum sebelum aku berjuang memenuhkan tangki perutku yang sejak tadi sudah berbunyi hebat seperti berlaku perang di dalamnya…aku meratah ayam dan segala macam hidangan yang telah tersedia di atas meja makan yang besar lagi lebar itu…sedapnya memang tak terkata…sehingga meleleh air liurku…ooops! Kejap…kesat air liur dahulu…aku terus berjuang untuk menghabiskan segala sisa-sisa makanan yang terdapat di dalam pingganku…tetapi,perjuanganku belum berakhir lagi…tanpa berfikir panjang aku terus meminta ibuku menambah nasi ke dalam pingganku untuk meneruskan perjuanganku di medan selera…

“ibu,nasi kasi triple tau…”pintaku pada ibu sambil menghulurkan pinggan kepadanya…
“mak oi! Banyaknya anak ayah tambah…tapi ayah tengok still tak besar-besar…sama je..” komen ayahku pula…

Aku memang begini… kalau bab makan memang no 1 tapi tak besar-besar…baguslah tu…makan banyak mana pun aku tetap sama je…aku makan banyak-banyak pun tak gemuk…aku terus tersengih kepada ayahku…ayahku pula yang join kami makan…ibuku terus menyendukkan nasi untuknya…belum apa-apa ayahku dah mintak 2 senduk nasi…aik? Melebih nampak??? Ah!! Apa-apa jelah…aku terus dengan hidangan yang berada di dalam pigganku…aku melicinkan pingganku sehingga seperti tidak perlu dibasuh lagi…berkilat beb!

Fuh!! Kenyang amat…kalau dah makan…tak ingat dunia…betullah orang cakap…kenyang perut,senang hati….aku duduk sebentar di sofa bagi membiarkan makanan yang aku makan dapat turun ke perut dengan lancar…tiba-tiba,aku erfikir tentang Aina…agaknya apa yang Aina buat sekarang yea??? Apa kata kalau aku telefon dia??? Ok jugak…erika terus mencapai LG 3g iphone nya…dan mendail Aina….

“annyong…..(hello)”
“kau dah kenape??? Warga korea manalah pulak tersesat ney agaknya ek??? Eri…cakap bahasa melayu jelah…kalau nak speaking sangat…meh,speaking english dengan aku…”aina menjawab paggilanku…
“bogoshipda…(I miss you)”
“sudahlah….aku tak fahamlah eri…”
“babo!…(bodoh)” balasku…
“ha! Kalau yang itu aku faham…kau cakap aku bodoh yea??? Tak patut betullah kau ni…nanti kau kat sekolah siaplah aku kerjakan…”
“hehe…ampun-ampun…aku tak buat lagi…”

“kenapa kau telefon aku ni??? Ada cerita hot ke???”tanya Aina pula…
“ kau tak habis-hsbis dengan gosip kau…aku mana layan benda-benda macam ni…manalah ada cerita…aku kalau cerita pun pasal korea je…kau nak dengar ke???”
“ish! Tak apelah…tapi tak kan tak ada cerita pasal mamat halus tu???musykil aku…”Aina cuba mengorek rahsia…
“dah ar…aku malaslah nak cerita dengan kau…kredit aku dah low ney…kite jumpe dekat sekolah jelah esok…boleh???” aku cuba mengelak daripada pertanyaan Aina…
“ha! Ada somethinglah tu…esok jangan lupa pulak kau cerita dekat aku…aku korek rahsia kau habis-habisan esok…bye!”
“yelah…bye!” balasku pendek…

Tahu pulak Aina ni aku ada terjumpa dengan si halus tu… macam mana dia apat tahu agaknya yea??? Aku tak faham betullah…pandai dia nak korek rahsia aku…nanti kalau aku cerita kang dia gelakkan je aku…

@ @ @ @ @

“Dia cakap macam tu ke Eri??? Serius???” tanya Aina…
“betul…serius…aku tak tipu kaulah…”
“bagus betullah mamat ni Eri…boleh buat calon suami tau…”komen Aina…
“hah??? Kenapa plak??? Kau biar betul Aina…otak kau ni betul ke tidak???”tanyaku pelik…
“yelah…kalau kau kahwin dengan dia kan…nanti time kau period dia boleh belikan kotex untuk kau…kau tak payahlah susah-susah…kalau kau tak ada masa pun dia boleh belikan jugak…”
“Hilang akal??”balasku bersahaja…
“eri….eri…”panggil aina dengan lembut…
“apalah….kau janganlah buat aku tertanya-tanya…”

“Aku kan…nak sangat tau….nak sangat…”aina menimbulkan tanda tanya…
”nak apa??? Cakap jelah cepat….aku tak ada masa lah…aku nak pergi bilik hal ehwal maklumat pelajar ney….kalau kau tak nak cakap aku pergi sekarang…”
“aku kan nak sangat jumpa dengan si halus tulah….ala,eri…bolehlah….bolehlah….eh???”Aina mula memujukku….
“macam mana aku nak bawa kau jumpe dye….aku tak tahu macam mana nak contact dye tau…”
“Aik??? Takkan kau tak ada nombor telefon dia eri???”
“tak adalah….aku manalah kenal budak tu…nama pun aku tak tahu…oklah aku nak pergi ni yea?????....da….”

Eleh eri ni…takkanlah dia tak ada nombor mamat tu???aku teringin jugak nak tengok muka dia…macam manalah agaknya muka halus tu ek??? Handsome ke tak??? Putih ke atau hitam-hitam manis??? Ataupun warna kuning langsat??? Dia tinggi ke tak??? Agaknya apa nama dia???dia baik ke tak???....ah! aku pulak yang angau dengan budak halus tu….eri pulak boleh tak mintak nombor telefon budak tu…yelah takkan eri nak


mintak kowt??? Dah tentu dia selalu gaduh dengan eri apalah aku ni…kalau macam tu…aku pun tak nak jugak…

Hari ini adalah hari yang agak sibuk…banyak kerja yang perlu diselesaikan…sebagai penolong ketua pengawas sekolah…sudah tentu banyak tanggungjawab yang perlu aku pikul…lebih-lebih lagi apabila Aiman,ketua pengawas sekolahku tidak hadir pada hari ini…sudah 7 kali aku berulang-alik daripada bilik hal ehwal maklumat pelajar ke blok kelas…semuanya gara-gara mengenal pasti bilangan sebenar pelajar bagi setiap tingkatan dan mencari pelajar bermasalah…aku tidak ada masa untuk rehat,apatah lagi makan…kelas??? Huh! Jangan ceritalah…memang aku tak masuk pown…pukul 12.30 tengah hari…barulah kerja-kerjaku selsai…aku pula kembali ke kelas untuk mengikuti pelajaran yang sejak tadi sudah banyak yang tertinggal…tetapi,alangkah sedihnya hatiku apabila aku dipanggil pula ke bilik disiplin untuk menyiasat masalah disiplin…aduh!!!! Mengapa ini terjadi???...aku bangun untuk menuju ke bilik disiplin…dalam perjalanan ke sana,tiba-tiba dadaku berasa sakit seperti ada sesuatu yang mencucuk… aku terhuyung-hayang melangkah sambil menanggung kesakitan yang selama ini tidak pernah aku alami…apakah rasa ini???aku cuba bertahan sehingga aku tiba di pintu hadapan bilik disiplin….pandanganku mula-samar-samar…aku mencuba sedaya-upaya aku untuk melangkah masuk ke dalam bilik tersebut…kemudian,aku mencapai segelas air masak dan ku teguk perlahan-lahan..rasa sakitku mula hilang sedikit demi sedikit…syukur alhamdulillah…bisik hati kecilku…


“Eri,awak tak apa-apa? Muka awak nampak pucat je…??” tanya cikgu Asilah..guru disiplin di sekolahku…
“oh,tak cikgu..saya tak apa-apa Cuma penat sedikit je…dan dahaga pulak…so,saya minumlah air ney…muka saya nampak pucat ke???” balas Erika yang cuba menyembunyikan rasa sakitnya…

Akhirnya kedengaran loceng berbunyi menandakan tamat sudah sesi persekolahan pada hari ini... erika terus mengemas segala fail dan dokumen yang berada di bilik disiplin tersebut..dia mahu cepat-cepat pulang ke rumah…walaupun ibu dan ayahnya tiada kerana mereka sudah pulang ke New york tapi dia tetap mahu pulang cepat-cepat…dia mahu berehat di atas katil empuknya itu yang boleh melenyapkan sgala kepenatan dan kelenguhan yang di alaminya untuk sepanjang hari ini…dia terus mengambil begnya di kelas selepas dia selesai mengemas bilik disiplin…kelasnya sudah pown kosong…dia mencapai begnya dan terus menuju ke pintu pagar sekolah…dia duduk di tempat menuggu bas …kaki dan tanganya direngangkan supaya hilang sedikit kelenguhan yang dia alami…dia menunggu bas sekolah bersama-sama pelajar-pelajar lain yang turut menaiki bas…apabila bas sampai,dia terus masuk ke dalamnya tanpa berlengah-lengah lagi…

Akhirnya dia sampai di rumah…dia membuka pintu pagar rumahnya yang besar itu dengan menekan butang remote control kerana pagarnya adalah jenis pagar


automatik…dia mengeluarkan kunci daripada dalam begnya dan mumbuka pintu rumahnya…badannya dihempas ke atas sofa di ruang tamu rumahnya…



wah! …hari ini memang super memenatkan otak…hei! Mencabar fizikal dan mental betul…memang nikmat yang tak dapat ditafsirkan bila aku dapat baring atas sofa ney…memang nikmatnya tidak terkata-katalah…dahlah tadi dengan berlambak masalah disiplin kat sekolah yang belum selesai-selesai lagi…argh!!! Tension ….tension…pening betul kepala aku…bukannya reti nak bertaubat..kalau tak bertaubat pun insaf sudahlah…tak payah buat lagi…ini??? Menyusahkan diri,menyusahkan cikgu,menyusahkan aku pulak tu….sampai ada kes yang melibatkan polis…sampai masuk lokap pown ada…apelah…macam tak reti nak berfikir je…tak serikserik jugak…esok biar Aiman yang buat semua kerja tu…siapa suruh dia suka-suka hati je nak ponteng sekolah???...penatnya…penat gila…..dan eri pun tertidur…

@ @ @ @ @

Tia Erika binti Syahril….bisik Zafrul berulangkali di dalam hatinya atau dia yang lebih sinonim dengan nama atau panggilan si halus..hehehe…sambil tersengih dan tersenyum keseorangan mengingatkan bagaimana pertemuannya dengan erika…hahahaha…memang gila…memang comel…comel gila…suara dia…cara dia…gaya dia…senyumannya…marahnya…semualah …semuanya comel….apa dah jadi pada aku ni??? Sejak aku jumpa budak tu…aku terus jadi tak betul jelah…entah penyakit apa yang aku apat…entah virus apa yang menjangkiti aku sekarang ni…protozoa apa yang dah masuk ke dalam badan aku ni…wabak apa yang dah tersebar kat aku ni…tetiba je aku tersenyum…sengih sorang-sorang bila aku teringat kat budak yang bernama erika tu…aku ni kenapa ek??? Memang tak boleh lupa…asyik teringat je kat dia…sepanjang masa je aku teringat kat dia….aku ni angau ke???…aku ni suka kat dia ke???? Apasal aku rasa macam tak keruan je?? Suka???sayang??? cinta???....iye ke??? Kalau tak,macam mana aku boleh angau kat dia ney??? Yelah tu…tak salah lagi..memang aku ni angau dan suke kat si erika tu…hahaha…aku akan cari dia…aku akan tackle dia…aku akan buat dia pun sukakan aku…yezz!!! Itulah yang aku akan lakukan…Tia Erika…kau tunggu jelah…aku datang…aku akan datang cari kau…tiba-tiba…

“doktor zafrul!!....”panggil seorang jururawat sambil berlari ke arah zafrul…
”yup??? Whats wrong???”tanya doktor zafrul pulak…
“ada seorang mangsa kemalangan baru tiba di emergency room…dia ada sedikit masalah dengan jantungnya…boleh doktor pergi tengok???” tanya jururawat itu lagi dalam keadaan yang cemas…
”oh! Okay …saya akan segera ke sana…thanks coz informkan yea…”kata zafrul dan terus bergegas ke emergency room…

Inilah kerjaya sebagai seorang doktor… tidak kira masa dan tidak mengira waktu…kerjaya yang melibatkan hidupmati seseorang yang perlu diselamatkan…tidak

boleh berlaku kesilapan walaupun sedikit kerana ini akan menyebabkan pesakit akan terus kehilangan nyawanya…zafrul terus meluru masuk ke dalam emrgency room dan terus memeriksa keadaan mangsa kemalangan tersebut…kelihatan dia sangat serius dalam melakukan tugasnya sebagai seorang doktor yang berwibawa…kuncinya adalah fokus…dia seorang yang teliti dalam menjalankan tugasnya…jika tidak,masakan dia mendapat beberapa anugerah dan tidak mungkin juga dia boleh menjadi seorang pakar jantung atau lebih dikenali dengan nama pakar kardiologi yang kini semakin sedikit bilangannya di dalam bidang kedoktoran…kerjaya sebagai seorang doktor memang memenatkan…tetapi zafrul dikira beruntung kerana dia bekerja di hospital swata..dia juga tidak menggunakan bantuan ptptn semasa dia menyambung pelajarannya di luar negara…lagipun,gaji yang ditawarkan di hospital swasta lebih tinggi daripada gaji yang ditawarkan di hospital kerajaan…sebenarnya,dia tidak ambil kisah sangat tentang gaji yang ditawarkan tetapi asalkan dia berasa selesa dengan suasana kerja sekarang…seringkali dia terfikir tentang erika sejak dia terjumpa dengan gadis itu…agaknya bila dia dapat bertemu dengan gadis comel itu lagi??? Sebelum ini dia hanya berjumpa dengan gadis itu secara kebetulan sahaja…dia masih ingat lagi babak pertemuan pertama dia dan erika dimana telah berlaku kemalangan kecil…dia juga masih ingat bagaimana dia mengekori erika di supemarket…dia sudah ternampak gadis itu apabila dia hendak masuk ke dalam supermarket tersebut…dia terus mengekori erika tanpa dia sedari…akhirnya dia menegur erika sewaktu gadia itu berada di bahagian “woman businesss”…teringat pula dia tentang perihal privasi kotex yang sengaja ditimbulkanyya untuk membuat erika berasa malu…mukanya bertukar menjadi warna kemerahan apabila mendebgar penjelasannya yang panjang lebar berkenaan menstrual cycle…padahal dia tidak tahu bahawa aku adalah seorang doktor yag sudah tentu tahu sedikit sebanyak tentang itu…tapi memang betullah…dia memang sangat comel…apatah lagi apabila muka dia bertukar menjadi warna merah…comel sangat…zafrul tersenyum sendirian…

“zaf…you sihat ke tak???”tanya rakan sekrja zafrul merangkap sahabat baiknya di tempat kerja…doktor ho ming ji…yang juga merupakan seorang pakar jantung…
“hah??? I sihatlah ho…you jangan risaulah…I tak ada pape…”jawab zafrul…padahal dia tak sedar yang dia sejak tadi senyum seorang diri bagai orang yang dirasuk…
“tak adalah…dari tadi you senyum sorang-sorang je…kenapa??? You kena rasuk ka??? Tulah…you suka sangat tengok cerita hantu…”komen doktor ho lagi…
“I senyum sorang-sorang??? eh??? yeke ho??? I tak perasan pown….alah jangan risaulah memang tak ada apa-apa…”

Zafrul hanya tersenyum mendengar pertanyaan zafrul??? Dia senyum sorang-sorang??? Sah! Memang aku ni dah angau habis… angau habis dengan si erika…memang hebat betullah budak ni…selama ni aku tak pernah tersengih sorang-sorang…dia seorang sahajalah yang boleh aku buat jadi tak keruan dan tak tentu arah…dia juga boleh membuat hatiku berasa tenang…ah!!! Inikah nama cinta??? Hanya tuhan yang tahu…dan hanya erika yang boleh buat begitu…aku rasa rindu pulak kat budak tu…apa yang patut aku buat ni??? Rindu ni…sesangat rindu…agaknya apa pandangan dia terhadap diriku??? Dia ingat aku ni gatal ke??? Atau dia ingat aku ni tak betul???oh! dia juga belum tahu

namaku…aku masih belum sempat untuk memperkenalkan diriku…dia panggil aku halus…yea,halus…walaupun hanya mendengar dia memanggiku begitu tetapi suaranya
sudah cukup untuk membuaku terasa seperti melayang di awangan je..memang dialah yang aku cari selama ini…she’s the one..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin