“Erika…masalah ni…diorang buat hal lagi…”kata aina yang sudah termengah-mengah berlari mendapatkan erika..
“kenapa??? Apa dah jadi??? Diorang buat lagi ke???”
“ya…kali ni empat orang budak yang kena…pastu yang kena tu geng budak nerd tu…”kata aina lagi…
“oh,budak nerd tu..”hei…patutlah tak mahu berlawan…budak NERD rupanya…nerd…Nana,Eira,Rafa.Dalila..itulah diantara pelajar-pelajar mithali di sekolah ini…tak pernah langsung mereka melanggar peraturan sekolah hatta peraturan yang remeh-temeh sekalipun…
“habis eri..kita nak buat macam mana ni???”tanya aina lagi..
“mmm…kita pergi je tengok diorang tu…insyallah aku tolong budak-budak tu daripada dikerjakan dengan budak-budak HOT tu…”balas erika…selepas itu dia dan aian terus bergegas ke tempat kejadian dimana NERD dikerjakan HOT…
“Hana! Octavia! Tini! Lepaskan mereka…apa yang kamu buat ni???”erika menengking geng yang meggelar diri mereka HOT itu…
“oh,erika…finally you have come…long time no see hah???”balas hana yang merupakan pemimpin bagi kumpulan hot tersebut…
“let go of them…”erika cuba berlembut dengan mereka…
“who??? These nerd chick??? Hahaha…”octavia pula menyambung sambil meledakkan ketawanya…serentak dengan itu hot yang lain turutikut ketawa sama…
“this is not a good idea…they have nothing to do with all of you…just let them go…”erika masih cuba bersabar walaupun dia tahu yang nana yang rakan-rakannya yang lain telah berasa teramat malu dengan hinaan daripada geng hana itu…
“who says??? They are the best entertainment…just check it out…”balas tini pula…dia terus mengambil botol air shine yang berada di dalam begnya…perlahan-lahan tutup botol tersebut dibuka…dia mula menapak lebih dekat kepada nana,eira,rafa dan dalila…segala isi yang berada di dalam botol tersebut dituang ke atas kepala budak berempat itu seorang demi seorang…disebabkan itu…baju mereka habis basah akibat air shine yang berperisa raspaberry&stawrberry tersebut…ketawa hana,octavia dan tini
meledak lagi…tetapi kali ini leih kuat…mereka terus mentertawakan nana yang sudah basah kuyup…erika yang sudah tidak tahan lagi,mendekati hana…dengan sinis hana menghina erika sebagai seorang pengawas yang dayus…tidak tahu menjalankan tugas…
“erika..kau ni memang seorang pengawas yang tak guna…kau dayus…tak menjalankan tugas…kitaorang dah basahkan budak-budak tu,tapi kau still tak ada reaksi…betullah kau ni memang tak guna…”hana menyindir dan menuduh erika denga tuduhan yang tidak berasas langsung itu…
PANGG! Satu tamparan kuat singgah ke pipi hana…octavia dan tini yang terkejut,langsung tidak bertindak melihat kawannya yang seorang itu dilempang kuat oleh erika…hana yang terkesima terus membeku di situ…dia agak terpana dengan tindakan erika…ini kerana erika adalah seorang yang lemah-lembut…dia tidak pernah memukul sesiapa atau bergaduh dengan sesiapa…tetapi hari ini,dia telah melempang hana yang sudah menhina dan merendah-rendahkan maruah dirinya tadi…
“itu untuk nana dengan kawan-kawan dia..dan yang ni untuk aku…”sekali lagi lempangan erika singgah di pipi hana buat kali yang kedua..mahu putus nyawa rasanya apabila dia telah dilempang sebanyak dua kali oleh orang yang sama dan pada waktu yang sama…
“lebih baik kau pergi sekarang atau aku akan uat sesuatu yang lebih dahsyat…”ugut erika…HOT yang mendengar ancaman maut daripada erika itu terus melarikan diri kerana takut dia akan melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapapun…erika membantu nana dan rakan-rakannya…
“terima kasih…”ucap nana lemah…
“tak apa…ini tugas saya…awak okay???”tanya erika…dia tidak mahu sesiapapun yang tercedera…
“ok…macam mana dengan awak??? Kalau kes ni dibawa ke cikgu??? Awak tahulah…hana tu orangnya macam mana…asyik nak mengadu je kerjanya…awak nak buat apa???”tanya nana…dia berasa bersalah terhadap erika…sepatutnya dia mampu untuk melindungi diri sendiri dan diri kawan-kawannya…tapi hampa…
“alah..tak ada apa-apa…saya cerita je perkara sebenar…awak tak perlu risau..tahulah saya…”erika cuba untuk menenangkan hati nana dan rakan-rakannya…
Mereka dibawa ke kelas sementara erika sudah pun dipanggil ke bilik guru berkenan kes tadi…hana telah bertindak terlebih dahulu dengan melaporkan kepada guru yang dia telah dianayai oleh erika secara sengaja…
“eri…cikgu dah panggil awak…biar saya ikut sekali…”kata nana yang ingin menawarkan diri untuk mengikut erika berjumpa dengan guru disiplin…
“tak apa…saya akan uruskan semuanya…don’t worry…”kata erika sambil mengenyitkan matanya..dia dengan tenang terus bergerak ke pejabat meninggalkan yang lain yang masih lagi terpingga-pingga…agaknya apa yang erika mahu lakukan???...erika terus melangkah ke pejabat yang makin lama semakin hampir…dia sudah mengatur strategi untuk melawan cerita-cerita hana yang selalunya pasti ada penokok-tambahnya…dia
sudah berkira-kira dan sudah dapat membayangkan apa reaksi hana apabila mendengar kata-kata pembelanya nanti…kini dia sudah pun tiba di hadapan pejabat…dia mula mengukir senyuman jahatnya…apabila dia mengukir senyuman tersebut,bermakna identiti erika sudah berubah daripada lemah-lembut kepada erika the devil yang mempunyai berbagai-bagai idea jahat yang berupa jenayah untuk menumpaskan segala konspirasi hana yang merepek lagi melalut itu…kalimah basmallah diucapkan…langkah rapi disusun…dengan dipenuhi idea jahat erika the devil,dia melangkah masuk …
“itu dia cikgu…ha tu tu tu…dah sampai pun…berani dia lempang saya cikgu…sakit tau…dia tak tahu ke yang saya ni anak vip???”ngadu hana sambil mengusap-ngusap pipinya yang kelihatan sedikit merah akibat lempangan super berjenama erika…
“saya boleh jelaskan cikgu… kenapa… dimana… mengapa… siapa… bagaimana.. bila… cikgu nak dengar yang mana satu??? Saya boleh jelaskan secara terperinci daripada A-Z setelus-telusnya cikgu…”balas erika selamber sambil tersengih ke arah hana…
“baiklah erika…cikgu mahu kamu terangkan satu-persatu daripada awal hingga akhir…”balas cikgu asilah…
“mmmm…ok…tapi saya minta agar hana tidak boleh menyampuk selagi saya belum habis bercakap…”erika dengan tenang meluahkan hasratnya agar hana tidak ikut campur semasa dia menerangkan keadaan yang sebenar kepada cikgu asilah dan pengetuanya itu…
“hah??? Tapi cikgu…mana boleh…”hana mula membantah…
“baiklah erika…terusakan…”sambung pengetuanya pula…
“ok..kenapa saya berbuat begitu??? Melempang hana…yang pertama dia telah berkelakuan kurang ajar kepada 4 orang budak yang tidak pernah langsung mengganggu hidup dia…rakannya tini telah menumpahkan sebotol air minuman yogurt shine ke atas kepala mereka berempat tanpa belas kasihan dan tanpa perasaan kasihan…jadi,mengapa saya perlu kasihankan dia???”serentak dengan itu…kawan-kawan hana,octavia dan tini melangkah masuk ke dalam pejabat…
“tini,nama kamu akan dimasukkan ke dalam rekod disiplin kerana perbuatan kamu yang biadap itu..”kata cikgu asilah sebaik sahaja dia melihat tini yang melangkah masuk ke dalam pejabat…
“ahh…rekod disiplin??? Tapi…”tini cuba untuk menunjukkan yang dia tidak langsung bepuas hati…
“kamu kan dikenakan hukuman untuk menjalankan kerja-kerja amal kebajikan selama 8 jam…”sambung cikgu asilah…
Tini yang terkejut dengan hukuman yang dikenakan ke atasnya hanya diam tidak menjawab apabila hukuman tersebut telah pun ditetapkan ke atasnya…dia hanya mempu mengeluh sahaj..ternyata erika seorang yang bijak berkata-kata dan menggunakan keadaan sebagai senjata untuk melawan mereka…dia sudah kalah di tangan erika pada waktu ini…tapi tak apa,masih ada hana dan octavia…
“erika…teruskan penjelasan awak…”pinta pengetua…
“yang kedua…dimana…tempat kejadian berlaku adalah terletak di koridor aras satu blok begonia…yang ketiga…mengapa… saya ada sebab yang tersendiri bagi melempang
hana..yang pertama,dia telah pun menghina saya sebagai seorang pengawas yang tidak bertanggungjawab…pengecut…dayus dan tidak menjalankan tugas..cikgu nilai sendiri adakah perwatakan saya sebegitu???jika ya…mengapa saya terpilih mejadi penolong pengawas sekolah?? Jika betul saya bersikap begitu,pasti saya telah pun dipecat oleh cikgu sendiri memandangkan cikgu juga adalah biro pengawas…dia telah pun menghina keputusan cikgu secara tidak langsung dalam erti kata lain tidak meghormati cikgu sebagai seorang guru…seterusnya,dia telah membuli 4 orang pelajar dimana kes buli adalah salah satu kes berat yang boleh dibawa sehingga ke kes polis…ini sudah cukup membuktikan yang hana mengalami keruntuhan akhlak yang teruk…sudah cukup baik saya melempang hana yang sepatutnya dia boleh dihantar ke balai polis untuk menerima hukuman yang setimpal…”erika menghabiskan hujahnya…
“hana…awak sepatutnya tahu bahawa buli adalah kes yang berat…saya akan bawa rekod awak ke kes polis…”komen pengetua yang nampakna bersetuju dengan kata-kata erika…
“kes polis cikgu???…tapi kenapa cikgu percayakan erika 100 peratus??? Siapa tahu dia menipu…”kat hana sambil memandang ke arah erika yang sudah tersenyum dengan kejayaannya itu…
“kalau cikgu tak percaya,saya ada ramai saksi..mahu saya panggil mereka semua???”erika membalas sambil menjelirkan lidahnya ke arah hana…
“oh,tak perlu…penuh pejabat ni nanti…erika…teruskan…”balas pengetua spontan…
“siapa…mangsa seramai 4 orang iaitu…nana,eira,rafa dan dalila…pada pendapat cikgu adakah mereka kan mengganggu hana??? Tidak bukan??? Bagaimana…begini.’kata-kata erika mati di situ…dia terus berjalan ke arah hana dan terus melempangnya di pipi kanan hana…mahu terkejut hana melihat erika melempangnya di hadapan pengetua…berani sungguh dia…dan lempangan yang kedua..sekali lagi erika melempang pipi kanan hana yang sudah pun merah akibat lempangan yang pertama itu tadi…hana yang masih lagi terkejut menerima lempangan erika tidak mampu untuk mengelak lempangannya yang kedua…
“macam tulah…bila…waktu rehat tadi..tepat 10.35 pagi…”erika terus berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku…
“cikgu!!!! Erika lempang saya!!!!”hana menjerit…
“saya cuma nak tunjukkan ‘bagaimana’ saya melempangnya…tak salah kan???”erika terus menjawab bagai orang yang tidak bersalah…
“tak…betul-betul…awak boleh keluar sementara saya uruskan kes mereka”balas pengetua pula…
‘lagi satu cikgu…octavia juga menghina nana dan kawan-kawannya…dia juga berpakat dengan hana…saya pergi dulu…”erikamelambaikan tangannya pada han,octavia dan tini yang sedang kepanasan…
Yes! Terpacul perkataan itu sebaik sahaja erika keluar daripada pejabat…dia tidak menyangka yang rancangannya berjalan lancar 100 peratus tanpa sebarang kekacauan…sangkaannya hana akan menyampuk dan mereka-reka cerita lain seperti yang biasa di lakukannya…tapi hari ini…ahh!...aku mahu beritahu mereka sekarang tentang ini…erika terus berlari menuju ke kelas…kawan-kawannya yang lain sudah dapat mengagak apa yang terjadi apabila mereka melihat senyuman erika yang mengandungi seribu makna itu…mereka terus berkumpul dan erika memulakan ceritanya…
@ @ @ @ @
“aina…dah telefon zafrul???”tanya erika pada kawan baiknya itu…tiba-tiba dia teringat bahawa semalam aina telah menelefonnya untuk meminta nombor telefon bimbit zafrul…ter tanya-tanya juga adakah aina sudah memulakan apa-apa langkah…
“mmm..belum lagilah…”balas aina yang teragak-agak…
“Kenapa? Aku kan dah bagi nombor dia semalam??? Kenapa kau tak telefon dia lagi???”erika terus bertanya…
“aku…aku takutlah eri…”
“takut??? Dia manusia,bukan hantu…garang pun tidak…dia adalah seorang manusia yang tidak patut untuk ditakuti..”
“mmm,nantilah aku telefon dia…tahulah aku nak buat apa…eri,kau pernah tak keluar pergi mana-mana dengan dia???”
“Keluar??? Tak ada…aku malas nak keluar dengan orang yang sinting macam dia tu…buat apa??? Tak ada faedah pun…”
“Ooo…so,kau pergi tak kelas petang hari ini???”tanya aina pula
Kelas petang??? Hmmm,alamak…aku ada appoinment dengan zafrul hari nilah…aku kenelah balik cepat,tak boleh pergi kelas petang…so,tak dapatlah aku temankan aina…tak dapatlah aku bali sama-sama dengan aina…macam mana aku nak cakap dengan dia??? Padahal aina kan suka kat zafrul..takkan lah aku nak cakap yang aku kena pergi jumpa zafrul pulak??? Mesti aina tak suka nanti…terpaksalah aku tipu kat aina…hmmm,kesian aina..tapi aku dah tak ada piihan..nak tak nak aku kene pergi jugak appoinment tu…
“mmm,aina..aku kena balik cepatlah hari ni…ada hal sikit…”
“kau nak pergi mana???”
“aku kena pergi jumpa oranglah…”
“siapa?? Zafrul ke???”
“eh,bukan! Aku kena jumpa pak cik aku…dia kata dia nak jumpa aku hari ni..penting katanya…tapi tak tahulah ada hal apa…”erika menjawab dengan agak ragu-ragu..dapatkah dia menipu aina???...
“oh…kalau macam tu,tak apalah…kau pergilah,nanti pak cik kau tunggu pulak…”kata aina…
Hmmm,kenapa dengan erika??? Dia macam ada menyembunyikan sesuatu dengan aku..dia macam berahsia dengan aku…kenapa dia jadi begitu?? Kan dia kawan baik aku??? mana boleh dia berahsia dengan aku???kenapa dia tak terus terang pada aku??? Aku pasti dia mesti nak pergi jumpa zafrul tadi…seabb tu dia tak beritahu aku…reaksi dia agak ketara masa aku sebut nama zafrul tadi…erika bukanlah jenis yang pandai menipu…dia anggap aku sebagai apa?? Pernahkah dia anggap aku sebagai kawannya??kenapa dia buat macam ni kalau dia anggap aku ni kawan dia??? Sampai hati kau erika…tak apa…aku akan siasat apa yang berlaku di antara kau dan zafrul..aku pasti siasat…jika benar kau mengkhianati aku sebagai kawan kau ni,aku tak akan lepaskan kau erika..aku akan balas apa yang kau buat pada aku…takkan sesekali aku biarkan hdup kau bahagia…jika memang betul kau khianati aku…
erika meneruskan langkahnya…dia terus menuju ke level 2 dengan menaiki lif yang telah pun disediakan di hospital itu…hmmm,bilik mana agaknya ni?? Dia tak pernah beritahu bilik dia yang mana satu…hari tu pun aku kat bilik dia masa aku tak sedar…so,aku tak tahulah yang mana satu…banyak bilik ni…doktor zafrul…eh,tak…patutnya doktor zack zafrul…mana satu bilik dia ni??? Pandangan erika tertala ke arah suatu bilik yang agak dikenalinya…dia melangkah dengan lebih dekat ke arah bilik tersebut…ha! Ini dia…betullah ni…dia melangkah masuk ke dalam bilik etrsebut setelah ketukannya yang bertalu-talu tidak mendapat reaksi…kosong!...aik??? takkan tak ada orang??? Apa si halus ni…dia lupa ke yang hari ni ada appoinment??? Dia yang beriya-iya sangat cakap nak jumpa hari ni..tapi,dia pulak yang tak ada..bayang pun tak nampak…alah,nak buat apa ni???erika menilik dan melihat pelbagai barang yang terdapat didalam bilik tersebut…banyaknya fail-fail…agaknya fail aku yang mana satu yea??? Tak pening ke otak dia tengok semua fail-fail ni??? Macam manalah orang macam dia ni boleh jadi pakar jantung?? Mesti otak dia genius gila ni…tapi ada plus sedikit sinting…hahaha…padan muka dia kena kutuk dengan aku…tulah! Selalu sangat mengacau aku…tak tenang hidup aku…hehehe..aku nak bals balik segala perbuatan dia…tapi aku ni kira baiklah kan??? Sebabnya aku mengutuk dia dalam hati je…tak adalah sampai hati aku nak mengutuk dia depan-depan…dia bukan buat benda jahat pun kat aku…just,menyakat je…sedang erika leka melihat barang-barang yang terdapat di dalam bilik zafrul sambil melayan perasaannya itu…tiba-tiba…
“sayang…”ada satu bisikan halus yang singgah di telinga erika…mukanya terus menjadi pucat lesi akibat terlalu terkejut…badannya yang tadi masih boleh bergerak terus kaku mengenangkan kepada bisikan halus yang baru sahaj didengarinya tadi…makhluk jenis apakah yang berbisik tadi?? Suhu badannya seakan-akan telah turun kepada 0 darjah celcius…mukanya bertukar warna pula menjadi biru dan tak bermaya…dia yang sudah tidak dapat bergerak lagi tidak thu apa yang patut dilakukanyya…badannya mula menggigil…zafrul berasa pelik dengan reaksi erika itu…dia yang sengaja menbisikkan perkataan sayang itu tercenggang kerana erika tidak memberikan sebarang tindak bals kepadanya…sangkaannya erika pasti akan memekik…lebih mengejutkan lagi apabila dia lihat yang badan erika sudah pun menggigil…
“erika,awak tak apa-apa???”tanya zafrul…
Bagai seperti terkena renjatan eletrik berkuasa 8 juta volt apabila erika mendengar pertanyaan zafrul itu…dia tak dapat bertahan lagi…dirasakan badannya mula melayang jatuh…zafrul yang perasan akan keadaan erika terus menyambutnya…kini,erika telah selamat berada di dalam pangkuan zafrul…zafrul risau dengan keadaan erika yang sudah tidak sedarkan diri itu…tetapi.dalam masa yang sama dia juga berasa gembira kerana dapat memangku erika…
“eri,bangun…bangun eri…”zafrul cuba menyedarkan erika…
“buka mata awak eri…jangan takutkan saya macam ni…”
Erika yang tadi pengsan akibat terkejut dengan perlakuan zafrul mula tersedar…dia cuba membuka matanya…apabila muka zafrul yang dilihat sebaik sahaja dia membuka mata…apabila tersedar yang dia kini berada di dalam pangkuan zafrul…dia terus berlari ke sudut bilik seperti menyembunyikan dirinya daripada hantu yang mahu memakannya…zafrul terengih sekali lagi…dia mula ketawa…erika masih terduduk di sudut bilik itu…mungkin masih terkejut atau berasa sangat malu dengan perkara yang telah terjadi…zafrul berasa gembira sekali…dia bangun dan membetulkan kot putihnya seperti tiada apa yang berlaku…dia mula tesengih nakal kepada erika…erika yang daripada tadi bersembunyi sudah mula bangun…apa yang mahu dia lakukan??? Kita lihat saja…
“kau! Memang tak betul!”marah erika..
“hahaha..jangan marah…rezeki tak boleh ditolak…dah ada peluang,aku ambillah kesempatan…bila lagi aku dapat pangku kau??? Kalau kau nak bagi free,tak apa jugak…”balas zafrul dengan gembira…
“dah ar..aku nak balik…”erika yang masih geram mula melangkah mahu meninggalkan bilik tersebut…
“balik??? Eh! Nanti! Tunggu…janganlah balik dulu…aku main-main je tadi..aku Cuma sambut kau sebab tengok kau dah tak sedar tadi…eri…aku tak ada niat jahat pun…”zafrul cuba menerangkan keadaan yang sebenar…
Tiba-tiba erika berasa nafasnya sesak… dia berasa dadanya sangatt sakit…langkahnya mula terhuyung-hayang..dia yang sudah tidak mampu melangkah kerana menanggung sakit yang tiba-tiba datang itu terduduk di pintu bilik kerja zafrul…zafrul yang melihat keadaan erika yang tidak berdaya itu terus meluru ke arahnya…dilihatnya erika mengerutkan mukanya tanda sakit yang amat sangat…dia cuba untuk bertanya keadaan erika…niatnya dibatalkan apabila dia melihat erika mencuba sedayaupaya untuk menahan sakitnya…tidak sanggup dia bertanya pada saat-saat begini…zafrul terus bangun dan menuangkan segelas air masak untuk erika…
“eri…awak ok tak??? Sorry…im sorry…”kata zafrul dengan nada kesal
“that’s ok…im fine…”erika cuba menjawab sambil menahan sakitnya
“mari…saya pimpin awak ke katil…rasanya lebih baik kalau awak berehat sekejap…”zafrul cuba menasihati
Erika hanya mengangguk tanda setuju…zafrul terus memimpin erika bangun menuju ke katil yang telah pun tersedia…perlahan-lahan dia mengangkat erika naik ke atas katil…erika baring di atas katil tersebut dengan saki-baki rasa sakitnya yang sudah pulih sedikit…zafrul menyelimutkan erika dengan selimut supaya dia tidak berasa sejuk…
“eri…saya salah ke???” tanya zafrul lembut…dia tahu erika sedang menahan sakit yang berpunca daripada dirinya…jika dia tidak bercakap yang bukan-bukan pasti erika baik-baik sahaja sekarang…
“tak adalah…tak apa…biasalah tiba-tiba sakit”balas erika
“awak dah okay ke??? Boleh saya buat pemeriksaan???”tanya zafrul lagi
“rasanya dah okay…awak buatlah kerja awak…cepat awak siap.cepat awak balik kerja…sekarang pun dah pukul berapa ni…”
Zafrul mengangguk…dia mula memeriksa erika…tanggungjaabnya mula dilaksanakandia perlu berhatihati agar tidak menyakiti erika apatah lagi sekarang penyakitnya sedang menyerang…erika hanya memerhatikan perlakuan zafrul…semakin lama dia memerhati semakin sukar untuk dia melepaskan pandangannya daripada terus menatap zafrul…zafrul yang tidak sedar dirinya diperhati kerana fokus bekerja hanya meneruskan kerjanya tanpa memandang erika…dia sangat teliti rasanya…erika mula berbisik dalam hati…mungkin apa yang dikatakannya selama ini memang betul…yang dia ni kacak…oklah…dia memang ada good looking…tall…putih…kulit pun bersih…licin lagi tu…walaupun hidung dia tak mancung tapi still memang suit dengan muka dia…rambut pun rasanya dia handle with care…kalau tak takkanlah wangi je rambut dia ni???ada sikit colour brown hazelnuts…mata dia??? Sepet tak,besar pun tak…kire yang sedang-sedanglah…mata coklat…pakai lens ke natural ni??? Nampak bersinar semacam je…memang kalau orang tengok bolehlah terpikat…eh??? Ada lesung pipit kat sebelah kanan…comelnya…
“dah puas tenung muka saya???”tanya zafrul selamber..sebenarnya dari tadi dia sudah memerhatikan kelakuan erika yang hanya merenung dirinya…agak terkejut juga dia tetapi hanya dibiarkan sahaja…pada mulanya di fikir erika akan berhenti merenungnya tetapi sehingga dia sudah siap memeriksa pun erika masih merenungnya lagi…ada apa yang tak kena ke??? Rambut aku ada kelemumur??? Atau ada kotoran kat muka aku ni??? Seingat aku tak ada..ke dia rasa sakit hati pasal aku sambut dia tadi??? Aku bukan ada niat nak buat apa-apa pun…aku Cuma sambut dia je tu pun sebab tengok badan dia dah melayang tadi…kang aku biar dia jatuh patah tulang belakang dia macam mana???tak ke naya aku aku jawab dengan mak bapak dia??? Patah tulang satu hal…kalau rahsia yang eri ni sakit terbongkar.lagilah satu hal…marah pulak eri dengan aku nanti…
“hah??? Mmm…dah siap???” tanya erika yang masih lagi terpinga-pinga… malunya dia…zafrul dah sedar yang aku tengok dia… macam mana ni???
“dah siap dah…so far tak ada pape rasanya…ok,jom!”zafrul menarik tangan erika turun dari katil
Erika yang tadi masih malu hanya mengikut zafrul tanpa sebarang bantahan…zafrul terus bergegas ke farmasi di tingkat bawah untuk mengambil ubat erika… perskrepsi ubat-ubatan erika diserahkan kepada ahli farmasi yang bertugas…setelah menunggu sebentar,plastik yang mengandungi segala macam ubat telah pun berada di dalam genggaman zafrul…
“total???”tanya zafrul pada ahli farmasi tersebut…
‘RM138…ini resitnya…”
Tanpa berkata apa-apa zafrul terus menghulurkan not rm50 sebanyak 3 keping ke arah ahli farmasi itu…
“eh??? Kenapa bayarkan?? Zaf,saya ada duitlah…”erika berasa sedikit pelik dengan tindakan zafrul…apa yang mamat ni buat??? Aduh…macam mana ni??? Aku tak nak terhutang budi…
“shh…ikut je…”kata zafrul seperti memberi perintah…
Zafrul terus menuju ke keretanya yang terletak di tempat parking bahagian staf…dia segera membuka pintu kereta penumpang hadapan untuk erika…erika ditolak masuk ke dalam perut kereta…dia menghidupkan enjin keretanya dan terus meluncur laju meninggalkan kawasanperkarangan parkir kereta kl specialiast hospital…erika hanya membisu..masih tidak dapat mentafsir tindakan zafrul yang sejak tadi hanya diam je…gila ke mamat ni??? Dia nak bawak aku pergi mana ??? sepatah haram pun dia tak bercakap??? Aisehman…macam mana ni???
“ehem zaf…kita nak pergi mana??? Jalan ni bukan untuk ke rumah saya ni…”erika cuba bertanya…
Diam…kaku…kayu…zafrul sedikit pun tidak terkesan dengan pertanyaan tersebut apatah lagi untuk menjawab…tumpuannya hanya ada pada pemanduannya sekarang..erika hanya dibiarkan terumbang-ambing masih keliru tanpa jawapan…
“zafrul!!....”
“Zafrul!!”…erika memanggil tetapi dengan selambernye zafrul terus memandu dengan tenang tanpa apa-apa riak…
“zack!!...zack zafrul!!” erika sudah mula berasa dipermainkan… apa pasal pulak mamat ni tak dengar aku panggil ni??? Dia ni mengelamun ke apa???
“Doktor zack zafrul!!!...” tiada jawapan…zafrul masih terus membisu…
“emm..doc???” kaku…memang kayu…
“halus???” panggil erika lagi tapi sia-sia je…zafrul langsung tak peduli…telinga buat pekak je…tiada respon…erika sudah mula terasa hati…
Hmm…fikir-fikir..apa sebab si zafrul tu jadi macam ni??? Ada sedikit confuse tak??? Tadi macam ok je kan??? Kalau nak preview scenes rasanya tak payahlah kut…mari kita selam hati zafrul…
Aku nak buat pekak jelah…biar dia tahu…aku tak nak dia panggil aku zafrul…zack pun tak nak…halus??? Lagilah…mintak dijauhkan… aku nak dia panggil aku..mmm..tanyalh dia …dia tahu tu…Cuma tak nak cakap je…susah sangat ke nak panggil aku dengan nama tu??? At least aku dah dengar sekali pun cukup rasanya…wo….sekarang kita dah tahu hati zafrul…mmm,zafrul nak si eri panggil dia apa??? Berbalik pada eri yang masih terpinga-pinga…
Kenapa zafrul tak jawab pulak ni??? Dia tak dengar ke??? Dah habis suara aku menyeru nama dia…tak juga dia menyahut…sepatah haram pun tak keluar…apa kes??? Aku pangil dia tak nak sahut pun…zack…zafrul…doc…halus..aku dah guna dah..nama apa lagi yang dia ada kat dalam dunia ni??? Ke dia ni ada masalah …dia tak pakai hering aid ke?? Eh??? Dia mana ada masalah pendengaran??? Aduh…apa ni…tiba-tiba sesuatu terlintas di kepala erika…tak kanlah…takkanlah dia nak aku panggil dia macam tu??? Tak masuk akal namanya…erika…manalah kau dapat idea gila ni??? Tapi,dia betul-
betul pernah cakap pasal tu…kalau aku tak tanya dia nak bawak aku pergi mana kang sampai thailand juga aku ni…ala…dah tak ada pilihan…terpaksalah…erka hanya mampu menelan air liur…nak cakap ke tak nak??? Ish! Serba salah aku dibuatnya…adus!!! Ko redah jelah eri…dia memberanikan…
“mm…itu…mm…sayang?”erika cuak..kalau mamat ni tak jawab jugak aku dah tak tahulah nak buat apa…memang kalau mamat ni jawab bila aku panggil dia macam ni memang ada terasa aku nak baling selipar jepun kat muka dia…
“yes darling???”sepantas kilat zafrul menjawab…
“tak guna punya lelaki…”memang nak kena dengan selipar jepun…
“hahaha…taupun nak panggil sayang…lama I tunggu U pangil I sayang tau…sayang..”usik zafrul pula…
“aku ni mimpi ke kenyataan??? Bencana…”
“ada apa U panggil I sayang ni??? Ingat…mesti panggil sayang,kalau tak I tak layan…”ucap zafrul dengan tersengih sumbing yang terukir di mukanya…
“hah?? Terasa macam bisu pulak tetiba…tapi,ok…sebenarnya nak pergi mana ni??? Sa…” ish! Tersekat pulak nak cakap mengada betullah… “sa…” tak nak keluar pulak perkataan tu…
“apa??? Kurang dengarlah…”zafrul buat endah tak endah…
Mamat ni memang nak bagi aku demam seminggu… “kita nak pergi mana? Sa…yang?”akhirnya terkeluar juagk perkataan tu daripada mulut aku…memang tersekat habis tadi…
“pandai sayang I jugak yea? Oklah…actually kita ni nak pergi dating tak rasmi..”jawab zafrul sambil menyanyi kecil…
“DATING???? What???”mata erika terus membulat…alamak ai…mamat ni buat lawak antarabangsa la pulak…terasa nak kasi cellophane tape je kat mulut dia tu…
“yupp! Absolutely…”zafrul membalas…radio yang sedang memainkan lagu jay sean feat lil wayne-down dikuatkan…
@ @ @ @ @
No comments:
Post a Comment