Kisah cinta yang berlaku di sekitarku...SEBAB AKU JATUH CINTA P1

Sebab aku jatuh cinta…
Ramai orang kata cinta hanya pura-pura…dan ada yang kata ianya mitos semata-mata…mungkin ia Cuma khayalan sahaja seperti yang selalu aku fikirkan…tapi selepas apa yang jadi..aku rasa cinta itu wujud…mungkin bukan cinta sejati atau luhur seperti mana luhurnya cinta Zulaikha pada Nabi Yusuf…tetapi pada ku cinta ini memang wujud dan tersimpan kemas di dalam hatiku…mungkin berat untuk luahkan…tetapi lebih perit untuk memendamnya…jadi apa cara yang ada agar cinta ini tidak membawa kepada derita??? Ya…cinta memang payah…kerana dengan cinta jadilah sebuah ceritera cinta di mana ada sang putera dan puteri yang mewarnainya…mungkin tidak sefantasi cerita putera katak atau tidak abadi seperti kisah manis Cinderella mahupun suci seperti cinta si putera pada Snow white tapi cinta ku ini memang ada hanya untuk seorang wanita yang hatinya selembut kuih apam dan bait katanya semanis gula-gula kopiko…walau perit tetapi tetap aku ingin bersama dengan si dia…SEBAB AKU TELAH JATUH CINTA…..
Sebelum melangkah lebih jauh,aku ingin ceritakan kisah lampau tabir hidupku yang telah lama ku tutup dan simpannya di dalam peti lampau kerana apa yang telah berlalu itu bagiku hanyalah kesilapan di zaman jahilliah di mana di mata ku semuanya tampak betul walau apa yang di buat itu kadang kaang membawa mudarat…
Aku lebih suka dikenali sebagai Arvin…nama glamourlah tu…nak tahu kenapa? hidup sebagai seorang playboy menuntut sesuatu yang tiada pada orang lain seperti nama komersial dan sebagainya…pemikiran dan cara juga mestilah berbeza daripada jejaka-jejaka Malaya biasa…jika tidak,siapa yang akan terpikat denganku??? Sekadar bait-bait kata manis tak cukup untuk menggugat hati perempuan yang halus dan perlu dijaga rapi….zaman moden kini poket juga mestilah terisi…jangan jadi playboy jika tak mampu atas diri sendiri dan barang mainan diri…walau sejahat dan senakal mana pun aku,tidak pernah sekali pun aku menggadaikan maruah mana-mana perempuan yang berdampingan denganku…jadi,hubungan ini tidak lebih dari sekadar mengisi masa lapang aku…cukup terhenti di situ…dan kehidupan aku mula berputar 360 darjah sedikit demi sedikit apabila…
“Aku Mohammed Fizi Syah bin Azlan Syah (AKULAH NI) terima nikahnya Tia Amira binti Hassan Al-Hafis dengan mas kahwin Rm 2000 dan sepasang sepersalinan solat.”dengan sekali lafaz…
“sah”… ”sah”… ”sah…”
Maka tergalaslah tanggungjawab di atas bahuku yang kini bergelar suami…dan bermulanya kehidupan perkahwinan tanpa mengenal cinta…dan siapa dia???
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
“Hari ni abang nak makan ayam masak merah,dengan sayur kangkung asam…ok???”
“okey…”sepatah dia menjawab…
“pukul berapa abang balik???”
“mmm…dalam pukul 4..awal sikit..”
“okey” talian dimatikan…
Beginilah selepas seminggu…Haih…
“Tia…”panggilku sambil memandangnya yang sedang membasuh pinggan selepas habis kami makan…
“mmm??”tangannya terus ligat membasuh pinggan…
“kenapa sudi kahwin dengan abang???”gatal sungguh mulut ni nak bertanya…
Dia terhenti seketika…seperti berfikir dan mencari kata-kata… “entah…mak suruh…”senang je dia menjawab…
“oh…nak tau kenapa abang sudi kahwin dengan Tia???”dengan muka comel aku bertanya…maklumlah orang handsome…
“kenapa??”dia buat tak endah…
Hei bini aku ni…nasib baik comel…kalau tak… “sebab nak berhenti dari jadi playboy dan hidup dengan tujuan walau masih tak nampak tujuan hidup… and actually tak ada calon nak kahwin walau umur dah 30 tahun…”panjang aku bebel…
“oh…okey…”aik?? 2 patah je???
Macam tu la..sepatah aku Tanya sepatah dia jawab..kalau tanya panjang-panjang pun paling-paling 2 patah je dia jawab…dia ni muda lagi…baru 25 tahun..katanya sudi kahwin dengan aku sebab mak dia suruh..okey…accepted…sebab aku pun tak ada calon…kiranya kami berdua kahwin dengan pilihan keluarga kami…oklah…terasa lah diri ni macam hero dalam drama kadang-kadang…sebab cerita macam drama sikit kot…
Tak dapat dinafikan minggu yang pertama dan kedua hubungan kami amat dingin…aku tahu nama dia…dia tau nama aku…aku tahu dia kerja apa…dia tahu aku kerja apa…tarikh lahir??? Tak tahu…baju apa yang dia selalu pakai??? Pun tak tahu…memang dingin habislah…tapi aku rasa selama usia perkahwinan yang 2 minggu ni…aku yang selalu perhatikan dia..aku yang selalu memulakan perbualan dengan dia…hmm…kenapa ya??? Dari apa yang aku nampak kalu breakfast aku akan makan roti dengan Nutella…lepas tu lunch nanti makan kat tempat kerja…tak pun kalau balik awal skit aku lunch je kat rumah dengan lauk yang dah tersedia..kalu dinner pulak mesti kat luar…dan dah 2 minggu…dia tak masak makan malam ke??? Kalu breakfast tu kira standard lah makan roti…walaupun aku lapar pagi-pagi tu…tetiba makan roti 2 keping je…alamak…merana lah aku…ke dia tak bersedia untuk memikul tanggunggjawab lagi??? Atau terasa diri masih dalam mood honeymoon??? Tanpa masak untuk aku walau aku ni kebulur??? Hish…mesti Tanya ni…hak aku tu…aku sebagai suami kena tegur jika dia tak jalankan tanggunggjawab dia…okey…
“Tia…nak Tanya boleh…”gaya budak tadika…
“kenapa???”dia yang sedang menonton televisyen berpaling…
“kenapa U tak pernah masak dinner??? Masaklah…I lapar….”
Berkerut mukanya…tergaru-garu dia…
“U tak tahu ke???mak I tak cakap eh??? Oh…lupa…U kahwin dengan I pun tanpa tujuan kan??? I tak pandai masak…so,jangan suruh I masak…k???”terus dia kembali menonton tv…
Hah??? “habis,lunch I siapa yang masak???”
“beli kat mamak…”
“tapi apa yang I nak ada je…takkanlah U beli hari-hari..”
“orderlah…bukan tak boleh masak…”
“kenapa U tak cakap yang U tak tahu masak???”
Dia berpaling… “kena bagitahu jugak ke???”
“kena sayang…biar I boleh ajar U masak…”
“ajar I???”
“yup…I pandai masak tau…jom…kita goreng pisang…tea time dah dekat ni…”slumber aku menarik tangan dia…
“yang ni kunyit…ini pulak tepung gandum…yang ni tepung beras…ni tepung goreng pisang Adabi…ni minyak kelapa sawit,yang tu minyak jagung dan yang ni minyak zaitun”
“orang tahulah…”jawab dia monyok…
“lah…tahu ke??? Ingat tak tahu…ala…janganlah merajuk…nanti pipi U melendut…dah tak cantik, nanti abang tak sayang….”tanganku memegang tangan kanannya…dia mencebik…
“tahu bancuh tepung tak???”masih memegang tangannya…haih…lembut sungguh…selalu pegang tangan mak je…eceh…tapi betullah…tangan makwe-makwe aku dulu tak ada yang lembut macam ni…ni macam lembut lain je…lembut sayang…
Kepala digeleng…kening ku terangkat…okey…tepung bertukar  tangan dan mangkuk di tangan ku…dengan isyarat mata,dia menuang sedikit demi sedikit tepung ke dalam mangkuk…banyaklah sikit…isyarat mata ku berkata…macam mana??? Dia membalas…dengan mata…tuang kuat sikit…ooh…okey…ditekan plastik tepung tersebut…dan meledaklah isi plastik tersebut…aku hanya mampu tersedak….dalam kekabus tepung yang masih berterbangan aku dapat lihat senyumnya…dan mendengar  tawanya buat kali pertama dalam hidup kami sebagai suami isteri…haih…tepung tepung…kalau dengan sebab ni isteri aku boleh ketawa sepanjang hari…aku sanggup kene simbah dengan tepung hari-hari…
Tisu dicapai dan mukaku di lap perlahan… “sorry” katanya dalam nada ketawa…dia tersenyum lagi lagi…indahnya saat ini…inikah yang dikatakan saat percintaan selepas berkahwin??? “I tak kisah…U buatlah apa pun I tak kisah dan akan terus sokong U…janji I boleh tengok U senyum cukuplah…”balasku…dan dia ketawa lagi… ”mana U belajar ayat-ayat ni??? Memang patut U jadi playboy…”dia mengelus lembut pipi ku yang bertepung…dan saat ini aku rasakan yang aku telah jatuh cinta…

No comments:

Post a Comment

LinkWithin